titit

bunyi seperti bunyi kod Morse pada radio:
perisik-perisik itu mendengar-dengarkan bunyi ~ daripada radio yang bererti ada orang yang menerima atau mengirim berita.

titis II

[Jawa];

menitis berpindah ke tubuh manusia (binatang dan lain-lain), menjelma (berkenaan (dengan) jiwa);

titisan penjelmaan;

penitisan
1. perihal menitis, penjelmaan (perpindahan) jiwa;

2. ilmu (kepercayaan) mengenai hal menitis.

titis I

titik (air dan lain-lain): dengan tidak disedarinya air matanya jatuh beberapa ~;

bertitis = menitis;
bertitisan
menitis dengan banyaknya:
embun jantan ~ membasahi bumi;
air matanya dibiarkan ~ membasahi pipi;

menitis jatuh setitik demi setitik (air dan lain-lain), menitik, bertitik(-titik):
air hujan masih lagi ~ daripada daun-daun kayu di keliling rumah itu;

menitisi menitis pada, menitiki;

menitiskan menyebabkan (menjatuhkan) bertitis-titis, menitikkan:
apabila lada dan bawang sudah masak baru dititiskan cuka sekadarnya;

titisan
1. sesuatu yang menitis:
direnunginya ~ air hujan bersambung-sambung turun daripada bumbung biliknya;

2. = ~ darah keturunan;
~ pena karangan, ciptaan (sastera).

titir III

ketitir, ketitiran sejenis burung, burung merbuk;

bertitir, menitir berbunyi (berkenaan (dengan) burung ketitir);

ketitir.

titir I

bunyi canang (gendang, ketuk-ketuk, dan lain-lain) yang bertalu-talu yang menandakan ada bahaya dan lain-lain;

menitir memalu (canang, gendang, dan lain-lain) bertalu-talu:
maka orang ~ gendang raya, sekalian orang pun berkampung.

titip

menitip, menitipkan
1. memberikan sesuatu untuk disimpan (disampaikan kepada orang lain dan lain-lain), mengamanahkan:
surat itu tidak kami kirim dengan pos melainkan kami titipkan kepada seorang kenalan;
dia ~ anaknya kepada jirannya semasa dia ke bandar;

2. menyerahkan (barang dagangan) supaya dijualkan;

titipan sesuatu yang dititipkan (diamanahkan):
wang ini ialah ~ ibuku kepada aku.