titah

[bahasa dalam] kata (raja), perintah (raja);
menjunjung ~ menjalankan perintah (raja);
~ diraja titah Ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong dalam Parlimen yang menerangkan dasar pemerintahan dan rancangan kerajaan;
~ perintah [sastera lama] berbagai-bagai titah (raja);

bertitah berkata, memberi perintah:
maka raja pun ~ kepada segala menteri;
~ lalu sembah berlaku
(peribahasa) jika kita turut kehendak orang, kehendak kita pun akan diikutnya pula;

menitahkan memerintahkan, menyuruh:
maka raja China pun ~ utusan ke Melaka.

tisu

1. sekumpulan sel pada haiwan atau tumbuhan yang mempunyai bentuk dan struktur yang serupa yang sama-sama melakukan sesuatu fungsi tertentu;
~ badan;
~ otot;
~ saraf;

2. = kertas ~ kertas yang nipis, lembut, dan sangat mudah menyerap, yang biasanya digunakan sebagai sapu tangan dan sebagainya.

tisik

menisik, menisiki menjerumat (kain dan lain-lain yang koyak);

tisikan
1. yang sudah ditisik;

2. cara menisik;

3. hasil menisik.

tirus

makin kecil ke hujung, lancip, runcing:
keris ini mempunyai mata yang panjang serta ~ ;
kaki ~ ;

menirus menjadi tirus, melancip, meruncing:
di bahagian kiri terbentang sebidang sawah yang ~ hilang ke belakang tanjung;

meniruskan menjadikan tirus, melancipkan, meruncingkan;

penirusan perihal meniruskan, pelancipan, peruncingan.

tiru

~ teladan (sesuatu yang menjadi) contoh, teladan;

meniru
1. mengikuti perbuatan (perkataan, gaya, cara, dan lain-lain) orang dan lain-lain, mencontoh, meneladan:
kanak-kanak dengan senang dapat membentuk sesuatu tabiat dengan jalan ~;
ahli kelakar itu berkelakar dengan ~ cara bangsa lain bercakap;

2. membuat sesuatu yang bukan asli (tulen), memalsukan:
orang Jepun dapat ~ berbagai-bagai jenis barang buatan Eropah; ~ tandatangan orang;

meniru-niru mengikut-ikut (perbuatan dan lain-lain orang), menyama-nyamai:
pada sangka mereka itu, sekalian ilmu mengarang itu suatu pekerjaan yang ringan, boleh mendapat dengan mendengar-dengar dan ~ sahaja;

tertiri-tiru terikut-ikut:
dengan ~ sikap seseorang boleh menjadi kafir;

tiruan
1. perbuatan meniru;

2. hasil meniru (bukan asli atau tulen), hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli ;
getah ~ getah buatan (bukan getah asli);
sutera ~ sutera buatan (bukan sutera asli);

tiru-tiruan suka meniru-niru:
ia mesti berpunca daripada jiwa dan lubuk hati pelakonnya sendiri dan bukan semata-mata ~;

peniruan perihal (proses, perbuatan) meniru:
kami tidak menggalakkan ~ terus teknik Jepun ataupun falsafah pengurusan dan kebudayaan mereka;

peniru orang yang meniru:
kita akan menjadi ~ Barat yang sentiasa taat.