TKO

[kependekan] technical knockout (iaitu keputusan memberhentikan perlawanan tinju oleh pengadil apabila salah seorang peserta tidak lagi berdaya untuk meneruskan perlawanan, dan mengisytiharkan kemenangan kepada lawannya):
beliau yang tewas melalui ~ dalam pusingan ke-11 kelmarin tetap ghairah untuk menghadapi perlawanan ulangan.

Tl simbol kimia bagi talium.

tiwikrama

[Jawa] = bertiwikrama
1. berusaha sedaya upaya agar tercapai maksud (cita-cita);

2. bertukar (menjelma) jadi raksasa dan lain-lain (dalam cerita wayang):
rakyat jelata lantas bergerak, bumi dan angkasa Perancis gementar dan pecah seakan-akan Krishna bertiwikrama.

Tj. [kependekan] Tanjung.

tiup

1. hembus, hembusan (angin, udara);

2. [bahasa percakapan] sembur (jampi-jampi);

tiup-tiup sejenis alat bunyian yang dibunyikan dengan meniup, sejenis wisel;

bertiup
1. bergerak (angin), berhembus, mengalir:
angin laut ~ dengan kencangnya;

2. [kiasan] merebak (khabar angin), tersebar (berita):
dengan segera berita yang ~ kencang itu disampaikannya kepada ketuanya;

3. [Minangkabau] berkerumun;
~ orang melihat berkerumun orang melihat;

meniup
1. mengeluarkan nafas (udara), menghembus:
langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin daripada luar;
dia memarakkan api dengan ~nya;
~ belon
menggembungkan belon dengan nafas dan lain-lain;

2. membunyikan (alat bunyian dan lain-lain) dengan menghembus udara menerusinya:
tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ serunai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dengan ~ wiselnya panjang-panjang;

3. = meniupi [bahasa percakapan] menyembur (bomoh yang memanterai):
bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku;

4. = meniup-niup [kiasan] membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dan lain-lain):
beliau telah berusaha ~ semangat baru kepada pelajar-pelajar Melayu;

meniupkan
1. menghembuskan:
angin ~ debunga itu daripada stamen berpindah ke stigma;

2. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi:
dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali;

3. [kiasan] membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (perselisihan, pertengkaran, dan lain-lain):
karangannya ~ semangat berkhidmat dengan tidak mementingkan diri sendiri;

tiupan
1. perihal bertiup, hembusan:
~ angin pagi itu telah beransur kencang;

2. hasil meniup, bunyi (trompet dan lain-lain) kerana ditiup:
malam itu riuh-rendah dengan ~ trompet dan petikan gitar;

3. yang ditiup:
alat ~ ;

peniupan perbuatan meniup:
~ emosi yang kuat boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dengan seruan itu;

peniup
1. alat yang menerusinya ditiupkan udara;

2. orang yang meniup (alat bunyian):
ia bekerja sebagai ~ trompet di sebuah kelab malam;
~ kaca
orang yang berkemahiran meniup kaca separa lebur untuk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, seperti botol dan sebagainya.

tiung

1. = ~ mas = ~ bukit sejenis burung, Gracular religiosa;

2. = ~ belacan sejenis burung, burung gua, burung kuborriba, burung siput, gagak gunung, Myophoneus caeruleus;

3. = ~ gajah = ~ batu sejenis burung, Eurystomus orientalis.

tiub I

1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak:
~ kaca (getah);

2. sejenis bekas daripada plastik dan lain-lain yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dan sebagainya:
~ ubat gigi;

3. bahagian dalam tayar basikal dan lain-lain;
~ Fallopio (Biologi) satu daripada sepasang tiub yang membawa ovum dari ovari ke dalam rahim mamalia (termasuk manusia);
~ pengering (Kimia) tiub yang diisi dengan bahan pengering seperti kalsium klorida, dan digunakan untuk mengeringkan gas atau wap;
~ sinar katod (Fizik) sejenis peranti yang digunakan untuk memaparkan data atau maklumat yang terhasil daripada pesongan elektron dalam tiub vakum;
~ vakum (Fizik) sejenis tiub yang divakumkan dan mengandungi beberapa elektrod untuk mengawal pengaliran elektron;

bertiub mempunyai tiub.

tituler

[Indonesia-Belanda] mempunyai gelaran tetapi tidak menjalankan tugas yang terkandung dalam gelaran tersebut;
jenderal ~ bergelar jenderal tetapi bukan pegawai dalam tentera.