titi

= titian jambatan (daripada batang pokok, papan, dan lain-lain), lorong kecil (sempit) yang dilapiki papan (batu dan sebagainya) tempat berpijak sewaktu berjalan:
sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu;
~ udara
jambatan udara;

bertiti mempunyai (ada) titi:
longkang yang besar itu tidak ~;

bertitikan mempunyai sesuatu sebagai titi:
parit itu ~ batang pokok kelapa;

meniti
1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yang berlapikkan kayu (batu dan sebagainya):
Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dengan hemat hingga sampai ke tebing;

2. [kiasan] menjalani, mengharungi (perlahan-lahan);

3. [kiasan] menjalar, merebak, meresap:
perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dalam dirinya;
tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dari satu lidah ke satu lidah anak-anak muda;
~ buih

a) sudah hampir separas bibir perahu dengan permukaan air (berkenaan (dengan) perahu yang sarat);
b) [kiasan] membuat sesuatu yang sukar;

titian
1. titi;

2. [kiasan] sesuatu yang menjadi penghubung antara dua pihak dan lain-lain;
~ berakuk tipu muslihat (untuk memperdaya orang);
~ air polongan asap (peribahasa) orang pengantara yang menolong kita mencari keuntungan dan lain-lain;
~ biasa lapuk, janji biasa mungkir (peribahasa) janji tidak harus dipercayai kerana boleh dimungkiri;
membuat ~ berakuk (peribahasa) berusaha mengenakan tipu muslihat untuk mendatangkan bencana kepada seseorang.

berkongsi