tribunal

1. mahkamah pengadilan;

2. tempat duduk majistret;

2. lembaga atau badan khas yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengadili sesuatu kes tertentu;
~ pentadbiran (Undang-undang) badan yang diwujudkan melalui atau di bawah Akta Parlimen untuk menentukan tuntutan dan pertelingkahan yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan.

tribahasa

(terdiri daripada, mengandungi, menggunakan) tiga bahasa:
malah ada penerbit yang mengusahakan kamus ~.

triatlon

(Suk) pertandingan olahraga yang menghendaki setiap peserta menyertai tiga acara yang berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan larian jarak jauh.

tres

[Indonesia-Belanda] sejenis sulaman benang emas (perak) di tepi baju atau di lengan baju.

trengkas

kaedah menulis dengan cepat dengan menggunakan palitan-palitan yang mudah atau simbol-simbol lain sebagai menggantikan huruf, perkataan atau frasa:
ilmu ~ pengetahuan mengenai kaedah menulis dengan cepat, stenografi;
mengambil ~ membuat catatan sesuatu yang direncanakan (seperti surat dan sebagainya) dalam tulisan trengkas.

trend

arah aliran (gerakan dan sebagainya), perkembangan rentetan kejadian (amalan dan lain-lain) yang seolah-olah menuju ke suatu arah:
laporan Bank Negara menunjukkan ~ pelaburan swasta yang menurun dari setahun ke setahun.