tremolo

(Seni Muzik)

1. teknik tiupan yang menghasilkan suara atau bunyi bergetar;

2. getaran bunyi dalam nyanyian atau permainan alat muzik seperti biola.

trem

1. sejenis kenderaan seperti bas atau gerabak kereta api yang berjalan di atas rel dengan kuasa elektrik (atau ditarik oleh sejenis kepala kereta api kecil):
kereta, ~ dan lanca sudah kelihatan berlari pulang pergi di jalan raya;

2. [bahasa percakapan] troli.

treler II

sedutan pendek babak tertentu daripada sesebuah filem yang ditayangkan di pawagam atau televisyen sebagai usaha untuk mempromosikan atau mengiklankannya.

treler I

1. sejenis lori panjang yang badannya boleh diceraikan, dan digunakan untuk mengangkut barang:
barang-barang itu diangkut oleh dua buah ~;

2. bahagian belakang lori yang boleh diceraikan daripada kepala lori:
~ itu kemudiannya ditarik oleh kepalalori ke tempat baru.

trayek

[Indonesia-Belanda] jarak perjalanan di antara dua tempat (dengan bas dan lain-lain).

travelog

sesuatu ceramah, filem, brosur dan sebagainya yang berkaitan dengan pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan.

travelator

laluan pejalan kaki yang bergerak secara mendatar, biasanya terdapat di terminal lapangan terbang dan sebagainya.

traumatik

amat mengejuntukan sehingga meninggalkan kesan yang mendalam, menakuntukan dan berpanjangan (berkenaan (dengan) pengalaman, kejadian dan sebagainya):
kanak-kanak ini biasanya akan mengasingkan diri, muram dan tidak mahu bercakap setelah mengalami peristiwa yang amat ~..