trimurti

[Indonesia] keesaan dari tiga (wujud, orang, dan lain-lain), tritunggal:
keesaan Tuhan, iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah ~ orang Kristian.

trimaran

kapal layar laju yang bentuknya seperti katamaran, tetapi mempunyai tiga badan kapal yang bersambung selari antara satu sama lain.

trilogi

siri karya sastera yang terdiri daripada tiga buah novel dan lain-lain yang saling berhubungan dan mengembangkan satu tema.

trilion

nombor atau bilangan yang diikuti oleh 18 angka sifar dalam penggunaannya di Britain, Perancis dan Jerman dan diikuti oleh 12 angka sifar dalam penggunaannya di Amerika Syarikat dan Kanada.

trikora

[Indonesia] [kependekan] Tri Komando Rakyat (tiga arahan untuk pembebasan Irian Barat).