trivia

pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz:
~ sains, ~ sejarah.

triti

(Undang-undang) persetujuan secara formal antara dua pihak (negara dan sebagainya) atau lebih, perjanjian:
keempat-empat buah negeri itu bersekutu dalam tahun 1895 setelah membuat satu ~.

trisula

[sastera lama] sejenis tombak atau serampang yang hujungnya bercabang tiga (untuk menangkap ikan dan lain-lain).

tripsin

(Biologi) sejenis enzim yang dikeluarkan oleh pankreas (dalam proses pencernaan).

tripod

alat yang berkaki tiga untuk menopang kamera, teleskop dan sebagainya, kaki tiga.