trombosis

(Perubatan) pembekuan darah di dalam jantung atau pembuluh darah sehingga boleh menyebabkan kematian.

troli

1. = ~ bas sejenis kenderaan seperti bas yang dijalankan dengan kuasa elektrik;

2. sejenis meja kecil beroda yang digunakan untuk menyajikan makanan (minuman dan sebagainya);

3. sejenis kereta sorong yang digunakan untuk memuatkan barang semasa membeli-belah di pasar raya.

trofi

hadiah seperti mangkuk perak, piala yang dimenangi dalam pertandingan, misalnya sukan dan sebagainya.

triwulan

tiga bulan, satu suku tahun;

triwulanan tiap-tiap tiga bulan;
majalah ~ majalah yang diterbitkan tiap-tiap tiga bulan;

= tribulan.