sejenis kutu yang halus seperti tuma (biasanya terdapat pada ayam atau kera);
mati ayam, mati ~nya (peribahasa)
a) apabila tuannya atau ketuanya mendapat kecelakaan anak buahnya turut merasainya juga;
b) hal dua orang yang sangat berkasih-kasihan (mati satu mati kedua-duanya).
Category Archives: Kamus Dewan Online
tundungan
yang diusir (dihalau), buangan.
tundung
menundung menghalau (dari rumah), mengusir: maka sultan pun menyuruh tundung orang itu;
tundun II
1. [Brunei], [Minangkabau] tengkuk (orang, kuda):
rambut Aini potongan pendek, ~nya terdedah;
2. bahagian sebelah atas kemaluan perempuan.
tundun I
[Jawa] tandan (kelapa, pisang).
tunduk
1. kepala atau muka condong ke hadapan, lawan mencongak (tengadah):
suara ketawanya berdekah-dekah, hingga ia ~ menekan perut;
2. tidak tegak (batang padi dan lain-lain), condong, merunduk;
3. menyerah kalah kepada, mengaku kalah, takluk:
negeri Jurjan, telah ~ juga ke bawah pemerintahan Said itu;
4. menurut perintah (aturan dan lain-lain), patuh, taat:
Hanafi ~ kepada kemahuan atau paksaan kaum keluarganya untuk berkahwin dengan Rapiah;
~ diam duduk diam kerana kecewa dan lain-lain;
~ menyembah bertekur kerana menyembah;
~ tengadah sebentar tunduk sebentar tengadah;
bertunduk [sastera lama] mencondongkan kepala (muka) ke hadapan, membongkokkan kepala (muka) ke hadapan:
maka diamlah jurumudi seraya ~ kepalanya;
menunduk lawan menengadah, tunduk:
dia ~ mengambil akhbar-akhbar mingguan yang terbiar di atas lantai;
dalam ~ ia menyonggeng (peribahasa) seseorang yang berlainan mulut dengan hatinya;
menundukkan
1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pandangan ke bawah, menekurkan kepala:
gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yang hendak dicarinya;
2. mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dalam permainan dan lain-lain):
Nobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun;
seorang pemain yang masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang;
ketundukan perihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan, ketewasan;
penundukan perihal menundukkan;
petunduk, penunduk = ilmu ~ (musuh) mantera untuk menundukkan orang atau musuh (supaya menurut kata atau mengaku kalah);
tali ~ tali yang dipasang pada hujung kayu penegang layar.
tundra
(Geografi) kawasan tanah pamah yang luas, sejuk, dan tidak ditumbuhi pokok, yang terletak di bahagian utara benua Eropah, Asia, dan Amerika Utara.
tundang
[Jakarta];
bertundangan bertunangan.
tundan
[Jawa] [arkaik] tempat pergantian kuda (dalam perkhidmatan pos dan lain-lain).
tundak
[Brunei] jambul (di kepala).