[arkaik] terdiam sekejap, terkelu.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tungkai
[Minangkabau] bahagian badan dari pangkal paha hingga tapak kaki, kaki;
menungkai
1. merebahkan kerbau dan lain-lain sesudah diikat kakinya;
2. = ~ tapak [kiasan] mengatur langkah, berjalan.
tungkahan
[Minangkabau] kayu tempat duduk, kayu penyangga, landasan;
bagai rupa ~ (peribahasa) muka orang yang sangat buruk;
berunding dengan ~ (peribahasa) perihal menanyai atau menasihati orang yang hanya mendiamkan diri sahaja (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan).
tunggul IV
main ~ sejenis permainan kanak-kanak.
tunggul III
penunggul pemberian (pembayaran) yang dibuat kerana kalah dalam peperangan, pemberian sebagai tanda sudah ditakluki;
memberi ~ = menunggul, menunggulkan memberi (membayar) sesuatu setelah dikalahkan.
tunggul II
[sastera lama] bendera, panji-panji:
maka Laksamana pun berdirilah di bawah ~ itu;
~ panji-panji bendera dan panji-panji;
~ putih bendera putih (tanda menyerah kalah);
~ merual bermacam-macam jenis bendera.
tunggul I
1. pangkal pokok kayu yang masih tertinggal dalam tanah (setelah ditebang):
ia duduk di atas sebuah ~ kayu;
~ punggur pangkal batang kayu yang sudah mati;
2. batang padi (lalang dan lain-lain) yang tertinggal setelah dituai atau disabit:
~ padi;
3. pancang, tongkat (untuk menambatkan perahu dan lain-lain);
~ kayu ditarah pelicin, (dia) elok juga, jangankan manusia = ~ itu kalau dipakai, elok juga (peribahasa) perempuan yang buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakaian yang elok;
~ terbakar di tengah huma (peribahasa) rupa seseorang yang sangat hitam;
berunding dengan ~ (peribahasa) perihal menanyai dan memberi nasihat kepada seseorang yang hanya mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan);
bertunggul ada tunggulnya;
~ pemarasan (peribahasa) pekerjaan yang tidak sempurna;
penunggul kayu yang agak berat tempat menambatkan kerbau dan lain-lain (supaya jangan pergi jauh);
~ gobek kayu untuk mengeluarkan sirih dalam gobek;
kayu ~ tonggak pada empang.
tunggu III
[Minangkabau];
menunggu
1. meminta kembali (barang yang telah diberikan dan lain-lain);
2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih;
3. menuntut (janji).
tunggu II
burung ~ taman sejenis burung, Terpsiphone incii.
tunggu I
[bahasa percakapan] = menunggu ruang ~ ruang tempat menanti;
bertunggu
1. sedang menjaga, berjaga, berkawal:
orang besar-besar sekaliannya ~ negeri;
2. [sastera lama] menanti:
maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan;
menunggu
1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dan lain-lain), mengawasi:
rumah itu tidak ditunggu orang;
2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlangsungnya sesuatu dan lain-lain), menyambut atau menyongsong (tetamu):
dia ~ kepulangan anaknya di muka tangga;
3. = menunggukan [arkaik] bersabar menanti sesuatu yang akan berlaku, menantikan:
pokok getah itu hendaklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh;
4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di:
harimau yang dijumpai mereka itu ialah jin kuning yang ~ kaki bukit selekoh tiga;
~ angin lalu menunggu dengan sia-sia;
~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya);
~ tanduk kerbau goyah (peribahasa) mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin (berlaku, tiba, dan lain-lain);
menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa menunggu:
~ buah yang tidak kunjung jatuh;
Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya;
menunggui
1. menjaga (orang sakit, rumah, dan lain-lain), mengawal:
orang yang ~ orang sakit itu disuruhnya keluar semuanya;
segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air;
2. mendiami, menduduki, menghuni:
tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dan sebagainya;
penungguan perihal menunggu, penantian:
apa yang ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma untuk mencari ruang untuk menarik nafas;
penunggu
1. orang yang menunggu (mengawal, menjaga), pengawal, penjaga:
~ pintu;
2. orang yang menunggu (kedatangan orang dan lain-lain), penyambut (tetamu):
bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang;
3. yang mendiami, penghuni:
binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yang tidak pernah berubah-ubah;
4. (hantu, puaka, dan lain-lain) yang menunggui atau mendiami:
seumur hidupku belum aku berjumpa hantu syaitan atau puaka ~nya.