tuntun II

[Minangkabau] tutup muka atau mata;

bertuntun bertutup muka atau mata;
membeli kerbau ~ (peribahasa)
a) membeli sesuatu dengan tidak melihat dahulu;
b) berkahwin dengan gadis yang belum dikenali;

menuntun menutup muka atau mata dengan sapu tangan dan lain-lain.

tuntun I

[Jawa];

bertuntun ditarik (pada tangan) ketika berjalan, berpimpin:
berjalan ~;

menuntun
1. menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin:
dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur;

2. menghela (basikal, kerbau, dan lain-lain), mengheret;

tuntunan
1. perihal menuntun, bimbingan, pimpinan;

2. ki ajaran, petunjuk, tunjuk ajar:
guru saya banyak memberikan ~ kepada saya;

penuntun orang yang menuntun, pembimbing, pemimpin.

tuntas

1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata);

2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna, komprehensif:
saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~;
penyelesaian yang ~;
secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja);

3. singkat dan tegas;

menuntaskan
1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan;

2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya;

ketuntasan perihal (keadaan, sifat) tuntas;

ketidaktuntasan keadaan yang tidak tuntas.

tunjung

~ biru sejenis tumbuhan, kelipuk, Nymphaea lotus;
~ mas
sejenis tumbuhan, telepok putih, Nymphaea stellata.

tunjuk

1. [bahasa percakapan] = menunjuk, menunjukkan ~ diri menampakkan diri (menghadap pembesar dan lain-lain);

2. [Minangkabau] jari telunjuk;
~ ajar segala macam nasihat dan ajaran;
~ cara melakukan sesuatu dengan tujuan untuk memberitahu cara-cara membuatnya;
~ langit
a) sejenis ikan laut, Triacanthus oxycephalus;
b) kayu yang dipasang tegak dari alang ke bumbung rumah;
~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat (bantahan dan sebagainya) dengan perarakan atau rapat umum dan sebagainya, demonstrasi;

bertunjuk-tunjukan
1. saling memperlihatkan (diri dan lain-lain), saling mengacukan jari;

2. = tunjuk-menunjuki saling memberi nasihat, nasihat-menasihati;

menunjuk
1. mengarahkan jari telunjuk ke, mengacukan jari telunjuk ke:
ia ~ ke papan hitam;

2. memberitahu dengan mengarahkan sesuatu ke, memberitahu dengan isyarat:
ia menunjuk-nunjuk dengan kipas;

3. mengarahkan jari (telunjuk) ke atas, mengangkat tangan;

4. menetapkan atau menentukan (orang yang diangkat, dipilih, dan lain-lain):
orang kampung telah ~ beliau menjadi ketua mereka;

5. mengemukakan sesuatu sebagai alasan, mengingatkan sesuatu dengan bukti, menyatakan, merujuk;
~ perasaan mengadakan tunjuk perasaan (dengan berpiket, berarak, dan sebagainya), berdemontrasi;

menunjuk-nunjuk gemar memperlihatkan kelebihan diri sendiri:
ancaman besar terhadap perasaan muhibah di negeri ini ialah daripada pemimpin-pemimpin politik perkauman yang cuba ~ pandai dan terlalu bercakap banyak;

menunjuki memberitahu cara melakukan sesuatu, mengajari:
ibu ~ kakak cara membuat kuih itu;
guru kami telah ~ pendakwah-pendakwah;

menunjukkan
1. menggunakan sesuatu untuk menunjuk (jari dan lain-lain), menunjuk dengan:
~ jari;

2. memperlihatkan sesuatu kepada, memberi lihat:
dia pun naik ke rumah ~ kakinya yang dimakan keri itu;

3. memberitahu di mana (letak, arah, dan lain-lain):
maka datanglah budak-budak ~ masjid;

4. menampakkan (sesuatu yang terpendam di hati dan lain-lain), mendedahkan:
tidak seorang jua pun yang berani ~ kemarahan mereka berterang-terang;

5. memperkenalkan:
maka orang itu ~ anak raja itu dengan isyarat;

6. memberi keterangan (penjelasan), menerangkan, menjelaskan:
sekiranya ada bukti-bukti yang ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kepada majistret supaya Ahmad ditahan;

7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan:
dikemukakan satu konsep baru yang ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial;

8. menyatakan, menandakan:
suhu yang terendah pada hari atau malam itu ditunjukkan oleh besi itu;

mempertunjukkan
1. memberi lihat (kepada), memperlihatkan (wayang, sandiwara, dan lain-lain):
masing-masing bangsa ~ kebudayaan nasionalnya;

2. memperlihatkan (barang-barang dan lain-lain), mempamerkan:
tiap-tiap bangsal telah dihiasi dengan indah, iaitu menurut jenis barang-barang yang akan dipertunjukkan;

3. memberikan bukti, membuktikan:
aduhai saudara, pertetapkan iman dan berserah kepada Allah, tiap-tiap yang benar itu akan dipertunjukkan kebenarannya;

pertunjukan
1. sesuatu yang dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan:
pada suatu malam rombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung kesenian;

2. apa yang dipertunjukkan;

3. pameran:
~ pertanian dan perkebunan;

4. perihal menunjukkan (cara melakukan sesuatu dan lain-lain), pengajaran:
guru hendaklah sentiasa sedia untuk memberikan ~ dan pertolongan;

5. = ~ perasaan [arkaik] tunjuk perasaan, demonstrasi;

petunjuk, pertunjuk ark
1. sesuatu yang menunjuk atau menunjukkan (tanda, isyarat, dan lain-lain), tanda dan lain-lain yang memberitahu tentang sesuatu:
pemandu-pemandu kereta sangat sedikit yang mematuhi ~-~ jalan raya;

2. ketentuan yang harus dipatuhi, syarat:
sebelum memakan ubat ini, ~ yang dikembarkan ini hendaklah dibaca dengan teliti;

3. ajaran, nasihat, tunjuk ajar:
esei-esei yang dikumpulkan di dalam Renungan penuh dengan seruan dan ~ untuk menyedarkan dan membangunkan masyarakat;

4. bisikan hati (yang datang daripada Tuhan), ilham:
menerima ~ Tuhan;

5. sesuatu yang menjadi panduan (untuk melakukan sesuatu), rujukan:
buku ini adalah ~ yang baik bagi penggemar-penggemar kesusasteraan;

penunjuk
1. alat yang digunakan untuk menunjuk atau menunjukkan:
~ jangka suhu maksimum atau minimum dibuat daripada kaca atau keluli;

2. orang yang menunjuk atau menunjukkan:
mahukah kamu menjadi ~ jalan kepada kami?;

3. sesuatu yang digunakan sebagai panduan (untuk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan:
kepada pihak inilah saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yang telah lalu untuk menjadi peringatan dan ~ untuk masa hadapan;
~ jalan

a) orang yang menunjuk jalan, mualim;
b) tanda panah dan lain-lain untuk menunjuk jalan;
~ perasaan orang yang mengadakan tunjuk perasaan (berdemonstrasi).

tunjang II

[Minangkabau] bahagian badan dari lutut hingga ke tapak kaki;
~ tonjet terlompat-lompat ke sana ke mari;
panjang ~ panjang kaki;
tuak terbeli, ~ hilang (peribahasa) mendapat kecelakaan (kekecewaan);

menunjang ark
1. menendang, menerajang;

2. [Jawa] melanggar, membentur, menubruk.

tunjang I

akar ~ akar yang tumbuh lurus ke bawah ke dalam tanah (untuk menguatkan pendirian pokok);

bertunjang
1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan);

2. ki berpegang teguh (pada), berasas (pada), bersandar (pada):
ajaran mereka itu tidak ~ pada agama, tidak bersandar pada logik;
~ kayu ara,
~ pula mali-mali (peribahasa) orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya;

bertunjangkan [kiasan] berasaskan, berdasarkan, bersandarkan:
Hassan Ali akan mewakili generasinya dalam bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yang ~ jiwa orang Melayu;
kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yang dihubungkan dengan suasana rasmi dan formal;

menunjang
1. menyokong (menopang, menongkat, dan lain-lain) supaya jangan rebah atau runtuh;

2. = menunjangi memberi sokongan dan sebagainya, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dan lain-lain), membantu:
semasa aku sekolah, mamakku turut ~ belanjaku itu dengan wang;
dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yang telah lama berkarya;

tunjang-menunjang saling bantu-membantu:
saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dalam setiap gerakan dan kegiatan sasterawan;

tunjangan bantuan (berupa wang dan lain-lain) yang diberikan, pertolongan, sokongan:
kaum penganggur di sini mendapat ~;

penunjang
1. orang yang memberi tunjangan (bantuan dan lain-lain), penyokong;

2. orang yang menyokong sesuatu pihak (dalam perlawanan bola sepak dan lain-lain).

tunjam

menunjam jatuh lurus ke bawah, menjunam, mengunjam, menukik:
galah itu ~ ke tanah;

hunjam.

tunjal

menunjal
1. menumpukan atau menekankan kaki (ketika hendak melonjak atau melompat), menjejakkan kaki (ketika hendak berdiri);

2. menunjuk dan menyentuh dengan jari (biasanya dengan jari telunjuk):
jari telunjuknya seperti hendak ~ kepala kawannya;
jauh dapat ditunjuk, dekat dapat ditunjal
(peribahasa) sesuatu yang diperkatakan dapat dibuktikan kebenarannya.

tungsten

(Kimia) sejenis unsur logam yang keras, berwarna kelabu, dan digunakan untuk membuat aloi, filamen lampu elektrik, dan lain-lain.