tunggang IV

[Kelantan] sejenis dapur yang dibuat dengan menggali lubang (untuk memasak nira dan lain-lain). tunggang balik jungkir balik, berguling-guling;

menunggangbalikkan menjadikan tunggang balik, menjungkarbalikkan (yang di bawah ke atas, yang di atas ke bawah);

tunggang-langgang berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang;

menunggang-langgangkan
1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, menjungkirbalikkan;

2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dan lain-lain);

3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dan lain-lain), memutarbalikkan;

tunggang III

~ gunung waktu petang ketika matahari hampir akan masuk;
kuda ~ kuda kenderaan;

menunggang, menunggangi
1. menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dan lain-lain), mengenderai:
kemudian dia ~ basikal lima batu menurun bukit;
berderet-deret unta ditunggangi oleh orang-orang yang memakai pakaian yang luar biasa;

2. ki mempergunakan sesuatu (orang dan lain-lain) untuk mencapai maksud sendiri:
janganlah membiarkan diri kita ditunggangi oleh perasaan dendam-mendendam yang tidak berkeputusan;

tunggangan sesuatu yang ditunggangi:
kuda ~;

penunggang orang yang menunggang atau menunggangi sesuatu:
askar ~ gajah.

tunggang II

lurus ke bawah, curam (bukit dan lain-lain):
lereng gunung yang ~ ;
akar ~
= urat ~ [Indonesia] akar yang tumbuh lurus ke bawah, akar tunjang;
~ hati tabah atau tetap hati (dalam mengerjakan sesuatu), tidak berasa gentar atau takut, cekal;
~ hilang berani mati tidak berasa takut akan apa-apa pun, berani;
~ hilang, tak hilang
a) yang berani hilang (mati) tidak akan hilang (mati);
b) siapa yang cekal dan tabah hati akan tercapai maksudnya.

tunggang I

terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, tertonggeng;
~-langgang = ~-tenggang
a) berlari pontang-panting (lintang-pukang);
b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling;
~-tunggit = ~-tonggek
a) tidak rata (permukaan jalan dan lain-lain), lekuk-lekak, berjendul-jendul;
b) bergerak turun naik (orang berjalan);
c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dan lain-lain);
d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (seperti orang sembahyang), tunduk dan tegak semula;
~ buyung pergerakan dalam gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan;
kuat ~ kuat minum (minuman keras);

bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir:
tidur ~ kaki ke atas;
~ balik
berputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik;

menunggangkan
1. membalikkan (cawan, botol, dan lain-lain) supaya tumpah isinya, menunggitkan supaya tumpah, menuangkan, menumpahkan:
ia ~ air yang di dalam baldi itu ke dalam tempayan;

2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan bersetunggang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan:
di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dari hidung dan mulutnya;
budak itu ditunggangkan ke atas asap sabut kering itu;

tertunggang
1. terbalik (yang di bawah ke atas dan yang di atas ke bawah), terjungkir;

2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dari bekasnya);

penunggangan perihal atau perbuatan menunggang (motosikal, kuda, basikal dan sebagainya):
motosikal empat lejang dengan tempat duduknya yang rendah memang sesuai untuk ~ yang selesa dan stabil.

tungganai

[Minangkabau] = ~ rumah orang yang berkuasa dalam sesuatu perut (dalam adat perpatih), kepala keluarga.

tunggal

1. tidak ada yang lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya:
bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sebagai Bahasa Kebangsaan yang ~ pada tahun 1967;
berdiri berkaki~
= berdiri dengan kaki ~ [sastera lama] berdiri dengan kaki sebelah;
anak ~ anak yang seorang sahaja (tidak beradik berkakak);
ejen ~ = wakil ~ wakil yang hanya satu;

2. [Indonesia] bukan jamak;
kata ~ mufrat;
kalimat ~ [Indonesia] ayat selapis;

3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dengan sepenuh-penuhnya, bulat-bulat;
dengan ~ hati dengan sepenuh hati;

setunggal [arkaik] tidak berbeza, sama…, se…;
~ darah sama darahnya, seketurunan, sebaka;
~ darjat sama darjat (taraf);

menunggalkan
1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya):
rayuan mereka itu berlawanan dengan perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan;

2. membulatkan (memusatkan) jadi satu, menyatukan;
~ diri menyatukan diri;
~ fikiran memusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran;

ketunggalan
1. perihal tunggal, keesaan;

2. kebulatan (fikiran dan lain-lain).

tunggak

1. bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul;

2. = tunggakan kerja yang masih belum dihabiskan;

3. [kiasan] asas, tunjangan, penunjang, pendukung;

menunggak
1. belum membayar hutang (ansuran dan lain-lain), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dan lain-lain):
jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik;

2. tidak menghabiskan pekerjaan (masih ada yang belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan:
kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok;

tertunggak masih belum dijelaskan, dibereskan, diselesaikan dan sebagainya (berkenaan (dengan) bayaran, hutang, pekerjaan dan sebagainya):
seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000;
beliau berpuas hati dengan kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dengan berkesan;

tunggakan
1. hutang (ansuran dan lain-lain) yang masih belum dijelaskan, baki hutang dan lain-lain (yang seharusnya sudah dibayar):
sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya;

2. pekerjaan (kerja) yang masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan.