rumpun

1. kumpulan tumbuhan yang seolah-olah mempunyai akar yang sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu:
~ buluh, ~ padi;

2. [kiasan] perindukan (orang-orang yang seketurunan, mempunyai nenek moyang yang sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yang sama asal dan jenisnya, golongan yang sejenis (karya kesusasteraan):
~ bangsa Mongol;
bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dalam satu ~ bahasa;
~ cerita rakyat;

3. = ~ telinga lekuk daun telinga;

4. ikatan, rangkaian;
alah di ~ betung (peribahasa), [Minangkabau] kekalahan yang tidak memuaskan orang (pihak yang kalah);
tak jauh rebung di ~nya (peribahasa) perihal perangai anak yang tidak berbeza daripada orang tuanya;

serumpun
1. satu rumpun, satu perdu yang banyak pokoknya:
~ buluh;

2. segolongan bangsa (bahasa dan lain-lain) yang sama jenisnya, seperindukan:
bangsa yang ~ dengan bangsa Mongolia;

3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dan lain-lain):
~ bunga semarak api;
~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu
(peribahasa) bersatu hati dalam segala hal;
tebas buluh ~ (peribahasa) perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yang tidak baik);

keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dalam satu rumpun atau rumpun yang sama:
~ bahasa;

berumpun, berumpun-rumpun
1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yang berperdu;

2. beberapa rumpun, banyak rumpun;

3. [kiasan] beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dan lain-lain):
bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya.

rumpang

[Minangkabau]

1. berselang-selang (bersela-sela) sebab luruh gigi, ompong, rongak;

2. berselang-selang (pagar dan lain-lain), rongak:
pagar yang ~ ;

3. antara (waktu), sela:
selama ia masih dalam perjalanan, tidak akan ~nya aku berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis.

rumpai

rumput dan tumbuh-tumbuhan kecil lain yang tidak berguna di kawasan yang telah diusahakan;
~ laut tumbuhan berwarna hijau, perang atau merah gelap yang hidup di dalam laut, atau di atas batuan yang terendam di pinggir laut.

rumit

[Minangkabau] tidak mudah, sukar, sulit, susah:
kami menghadapi persoalan beras yang ~;
kalau jadi begitu, ~ pula hidup mereka anak-beranak kerana tiada pekerjaan;
dalam ~
sedang hamil;

merumitkan menyukarkan, menyulitkan, menyusahkan:
kalau dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut;
perkara cadangan di luar negeri itu akan ~ perjalanan Bank Negara;

kerumitan perihal rumit, kesukaran, kesulitan, kesusahan:
~ yang besar kepada pekedai ialah memungut hutang.

ruminan

(Biologi) haiwan seperti lembu, kambing dan rusa yang mengeluarkan balik makanan yang separuh cerna dari perut untuk dikunyah semula.