rumbia

sejenis tumbuhan (palma yang menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, Metroxylon spp.;
atap ~
atap yang diperbuat daripada daun rumbia.

rumbai I

jumbai;

berumbai-rumbai bergantungan hujungnya, berjumbai-jumbai;

berumbai-rumbaikan berjumbai-jumbai dengan:
~ mutiara dikarang.

rumbah

berbagai-bagai daun mentah yang dimakan bersama-sama dengan nasi, lalap, ulam.

rumba

1. sejenis tarian yang berasal dari Cuba, biasanya ditarikan di dewan tari menari;

2. muzik yang dimainkan untuk mengiringi tarian
1. di atas:
muzik ~.

Rumawi

berkaitan dengan kebudayaan, bahasa, politik dan sebagainya dari kerajaan Rom Kuno;

hukum ~ hukum yang dipakai oleh bangsa Rom (Roman atau Itali zaman dahulu);
huruf ~ huruf Rumi, huruf Roman, huruf Latin.

rumah-rumah

1. banyak rumah;

2. = rumah-rumahan sesuatu yang menyerupai rumah atau boleh disamakan dengan rumah, tiruan daripada rumah;

berumah
1. mempunyai (memiliki) rumah:
seorang muda yang berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar;

2. = ~ tinggal diam (tinggal) di:
ia lebih suka ~ di Ulu Langat;

3. =

berumah tangga bagai ~ di tepi tebing (peribahasa) selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dan lain-lain);

berumahkan menjadikan sebagai rumah:
orang Arab yang hidup ~ khemah yang dibuat daripada kulit unta;

memperumahkan mengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan):
lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok;

perumahan
1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal:
Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan;
syarikat ~
syarikat yang mendirikan rumah-rumah (untuk ahli-ahli atau untuk dijual);

2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah):
masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dengan pembinaan rumah-rumah pangsa;
pejabat ~
pejabat yang mengurus rumah pegawai kerajaan;

3. tanah kosong (tapak) untuk mendirikan rumah:
kawasan ~ baharu di Kampung Tunku;

4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut);

5. [Minangkabau] [arkaik] pendirian, maksud:
~mu sudah jelas kini;

perumah (Biologi) tumbuhan atau haiwan yang digunakan oleh parasit sebagai tempat tinggalnya, serta sebagai sumber makanan dan perlindungan.

rumah tangga

perihal rumah dan kehidupan dalam rumah, rumah dengan keluarga yang mendiaminya;

berumah tangga
1. mengurus rumah tangga, berkeluarga:
pendapatan dan umurnya sudah cukup untuk dia ~;

2. berkahwin (beristeri atau bersuami):
sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu.

rumah II

~ langsuyar sejenis tumbuhan (paku-pakis), daun samun, paku pandan, selimber, Neottopteris nidus.