rundu

~randa [Jakarta] pergi ke sana ke mari dengan membawa barang-barang sekali (seperti orang mengungsi), berpindah-randah.

rundingan

1. perbincangan antara dua atau banyak untuk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dan sebagainya atau mencapai sesuatu persetujuan):
~ telah membawa kepada pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kepada perkelahian;
persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~;
~ meja bulat
rundingan dengan menggunakan meja bulat sebagai menunjukkan bahawa pihak-pihak yang terlibat mempunyai taraf yang sama;
~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian;

2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dan lain-lain), isi pembicaraan:
segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain;
~ damai pembicaraan untuk mencari perdamaian;

perundingan perbuatan berunding, pembicaraan, permesyuaratan, perembukan:
ia telah memajukan tuntutannya dalam ~ itu;

perunding
1. orang yang berunding (untuk mencapai sesuatu persetujuan):
seorang diplomat dan ~ yang ulung;

2. orang (syarikat dan sebagainya) yang dirujuk untuk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dan sebagainya);
pakar ~ orang (syarikat dan sebagainya) yang mempunyai pengetahuan kepakaran yang tertentu dan berlaku sebagai perunding.

runding

1. [sastera lama] perhitungan, perkiraan, pertimbangan;

2. pembicaraan (perkiraan) yang sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal;
hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara;
~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya;
merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan);
pakar ~ pakar perunding;
~ banyak nan ka disebut (peribahasa) jika banyak berembuk akan dicapai keputusan;

berunding
1. bercakap-cakap (tentang sesuatu hal) dengan sungguh-sungguh, berbicara, berembuk:
Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju untuk ~ di Bangkok;

2. bercakap-cakap (tentang sesuatu), berkira-kira:
letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit;
inda ~
[Brunei] tidak berkira, bertolak ansur;

merunding [sastera lama] menghitung, memperhitungkan;
runding-~ hitung-menghitung, timbang-menimbang;

merundingkan
1. memperhitungkan, memperkirakan:
mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu;

2. memperkatakan (membicarakan) sesuatu untuk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan:
barang sesuatu yang akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dengan isterinya;

runcit

bermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai:
menjual barang-barang ~;
kedai ~

a) kedai yang menjual barang secara sedikit-sedikit (terus kepada pengguna);
b) kedai yang menjual barang yang bermacam-macam;
jual(an) ~ jual(an) secara kecil-kecilan;
penjual ~ penjual berbagai-bagai barang;
perbelanjaan ~ perbelanjaan untuk membeli barang yang kecil-kecil atau sedikit-sedikit;

beruncit; beruncit-runcit sedikit demi sedikit, berdikit-dikit, beransur-ansur:
mengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja kepada semua peringkat;

peruncitan (yang berkaitan dengan) perniagaan runcit (iaitu pembelian dan penjualan barangan secara sedikit-sedikit:
konsep ~;
sistem ~;

peruncit peniaga secara sedikit-sedikit (terus kepada pengguna), peniaga runcit.

runcing

1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip):
jarinya yang ~;
bambu ~
buluh yang ditajamkan hujungnya (tombak daripada buluh);

2. [kiasan] genting atau memuncak, tegang (keadaan, perselisihan, dan lain-lain):
ketegangan antara Filipina dengan Malaysia bertambah ~;
~ tanduk bangkah kening
(peribahasa) sudah terkenal kejahatannya;

meruncing
1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip):
dicabutnya turus pagar yang ~ halus;
benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara;

2. [kiasan] menjadi genting atau memuncak (keadaan, perselisihan, dan lain-lain), menjadi tegang:
keretakan itu semakin melebar dan ~;

meruncingkan
1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dan lain-lain) supaya runcing:
ranjau ialah buluh yang diruncingkan tajam;
masing-masing dengan batang kayu yang diperbuat seperti galah dan diruncingkan hujungnya;

2. menyebabkan genting (suasana dan lain-lain):
maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dalam negeri;

memperuncing mempertajam atau memperhalus (semangat, pendengaran, dan lain-lain):
dan diperuncingnya pendengarannya;
ia ~ telinganya;

keruncingan
1. perihal runcing;

2. kegentingan (keadaan, perselisihan, dan lain-lain).

rumus

1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yang terdiri daripada beberapa huruf, misalnya DBP untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan;

2. (Kimia) seperangkat simbol yang terdiri daripada huruf, atau huruf dan angka yang menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, misalnya rumus untuk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula:
~ kimia untuk air ialah H2O;

3. (Matematik) aturan, prinsip, hubungan dan sebagainya matematik yang dinyatakan dalam bentuk simbol, formula:
~ untuk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang x lebar = pl;

merumuskan
1. memendekkan atau meringkaskan (perkataan):
UMNO dirumuskan daripada kata-kata Inggeris United Malay National Organisation;

2. menyatakan sesuatu (seperti hukum dan lain-lain) dengan rumus:
tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang;
hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab;

3. menyebuntukan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dengan ringkas lagi tepat:
hanya kepemimpinan berwibawalah yang sanggup ~ keputusan terakhir;

rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dan lain-lain) yang dinyatakan secara ringkas dan tepat:
tegasnya bolehlah kita membuat ~ seperti ini;

perumusan perihal (perbuatan, proses) merumuskan, pernyataan yang ringkas lagi tepat:
~ teori-teori baru;

perumus orang yang merumuskan sesuatu perkara.

rumrum

[Jawa];

merumrum [sastera lama] membelai-belai dan membujuk-bujuk (perempuan), mempersenang hati.

rumput

1. sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dan sebagainya):
~ benggala;
~ gerinting;
~ pahit;

2. sejenis tumbuhan yang kecil-kecil;
~ kejut-kejut (kemaluan) semalu;
~ rampai berbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput;
~ mencari kuda (peribahasa) perempuan yang mencari laki-laki;
bicarakan ~ di halaman orang, di halaman sendiri ~ sampai ke kaki tangga (peribahasa) kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar;
embun di hujung ~ (peribahasa) sesuatu yang mudah hilang atau tidak tetap;
ibarat ~ yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali (peribahasa) perihal orang yang sengsara yang dengan tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia;
terhenti-henti bagai ~ di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu (peribahasa) perihal kehidupan yang melarat;

rumput-rumputan, rerumputan berbagai-bagai jenis rumput:
mereka segera berbaris ke tengah ladang yang telah bersih daripada ~ sambil memikul galah;
pemuda itu masih terbaring di atas rerumputan seperti tadi sementara matanya masih basah;

merumput
1. memotong rumput, menyabit rumput;

2. sedang makan rumput (lembu dan lain-lain);

3. = merumputi menyiangi kerana membersihkan tanah, membuang rumput;

4. = merumputi menaruh tanah yang berumput (tanah bata) di;

perumputan, rumputan tanah yang ada rumput, tanah yang ditumbuhi rumput, padang rumput.