runcit

bermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai:
menjual barang-barang ~;
kedai ~

a) kedai yang menjual barang secara sedikit-sedikit (terus kepada pengguna);
b) kedai yang menjual barang yang bermacam-macam;
jual(an) ~ jual(an) secara kecil-kecilan;
penjual ~ penjual berbagai-bagai barang;
perbelanjaan ~ perbelanjaan untuk membeli barang yang kecil-kecil atau sedikit-sedikit;

beruncit; beruncit-runcit sedikit demi sedikit, berdikit-dikit, beransur-ansur:
mengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja kepada semua peringkat;

peruncitan (yang berkaitan dengan) perniagaan runcit (iaitu pembelian dan penjualan barangan secara sedikit-sedikit:
konsep ~;
sistem ~;

peruncit peniaga secara sedikit-sedikit (terus kepada pengguna), peniaga runcit.

berkongsi