rumus

1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yang terdiri daripada beberapa huruf, misalnya DBP untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan;

2. (Kimia) seperangkat simbol yang terdiri daripada huruf, atau huruf dan angka yang menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, misalnya rumus untuk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula:
~ kimia untuk air ialah H2O;

3. (Matematik) aturan, prinsip, hubungan dan sebagainya matematik yang dinyatakan dalam bentuk simbol, formula:
~ untuk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang x lebar = pl;

merumuskan
1. memendekkan atau meringkaskan (perkataan):
UMNO dirumuskan daripada kata-kata Inggeris United Malay National Organisation;

2. menyatakan sesuatu (seperti hukum dan lain-lain) dengan rumus:
tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang;
hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab;

3. menyebuntukan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dengan ringkas lagi tepat:
hanya kepemimpinan berwibawalah yang sanggup ~ keputusan terakhir;

rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dan lain-lain) yang dinyatakan secara ringkas dan tepat:
tegasnya bolehlah kita membuat ~ seperti ini;

perumusan perihal (perbuatan, proses) merumuskan, pernyataan yang ringkas lagi tepat:
~ teori-teori baru;

perumus orang yang merumuskan sesuatu perkara.

berkongsi