rumpun

1. kumpulan tumbuhan yang seolah-olah mempunyai akar yang sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu:
~ buluh, ~ padi;

2. [kiasan] perindukan (orang-orang yang seketurunan, mempunyai nenek moyang yang sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yang sama asal dan jenisnya, golongan yang sejenis (karya kesusasteraan):
~ bangsa Mongol;
bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dalam satu ~ bahasa;
~ cerita rakyat;

3. = ~ telinga lekuk daun telinga;

4. ikatan, rangkaian;
alah di ~ betung (peribahasa), [Minangkabau] kekalahan yang tidak memuaskan orang (pihak yang kalah);
tak jauh rebung di ~nya (peribahasa) perihal perangai anak yang tidak berbeza daripada orang tuanya;

serumpun
1. satu rumpun, satu perdu yang banyak pokoknya:
~ buluh;

2. segolongan bangsa (bahasa dan lain-lain) yang sama jenisnya, seperindukan:
bangsa yang ~ dengan bangsa Mongolia;

3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dan lain-lain):
~ bunga semarak api;
~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu
(peribahasa) bersatu hati dalam segala hal;
tebas buluh ~ (peribahasa) perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yang tidak baik);

keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dalam satu rumpun atau rumpun yang sama:
~ bahasa;

berumpun, berumpun-rumpun
1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yang berperdu;

2. beberapa rumpun, banyak rumpun;

3. [kiasan] beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dan lain-lain):
bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya.

berkongsi