[Kedah] sejenis bau yang busuk (bau badan pemanjat kelapa).
Author Archives: admin
sanan I
[Minangkabau] sana.
sanak
1. = ~ saudara orang-orang yang seketurunan (sekerabat), orang-orang yang sekaum keluarga:
saya senang hati dapat berhadap-hadapan muka dengan ~ saudara;
2. [Negeri Sembilan] saudara sebelah ibu, kemanakan;
bersanak = ~ saudara mempunyai kaum kerabat, berkaum kerabat;
menyanak menganggap diri sebagai sanak (dalam keluarga orang lain);
persanakan perihal hubungan kekeluargaan, kekerabatan:
kajian tentang ~ bermula hampir satu abad yang lalu.
sanad
[Arab] rangkaian perawi dan lafaz-lafaz yang digunakannya untuk sampai kepada matan:
hadis itu telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dengan ~ yang sama.
sana III
angsana.
sana II
tempat, tempat duduk (dalam kata majmuk);
singgah~ takhta kerajaan.
sana I
1. tempat yang jauh atau yang dianggap jauh:
di dalam kolam ~, ramai orang yang sedang mandi;
2. [bahasa percakapan] dia, orang yang ketiga;
pihak ~ pihak lawan (dalam permainan dan lain-lain);
di sana tempat yang jauh (dari orang yang bercakap):
mereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi;
~ sini di merata-rata tempat;
ke sana menghala ke tempat yang jauh (lain):
bawalah tong sampah ini ~;
~ ke mari pergi balik, pulang balik;
kesanakan [arkaik] sebelah sana, jauh sedikit;
dikesanakan
1. dibawa (dialih, dianjak, dan lain-lain) ke sana;
2. dikeluarkan (daripada kumpulan, keluarga, dan lain-lain).
samurai
(Jepun)
1. sejenis kasta bangsawan (ketenteraan) pada zaman feudal Jepun;
2. anggota kasta ini.
samun II
~ gurun tumbuh-tumbuhan (semak dan belukar) di kawasan yang berhampiran dengan padang pasir;
semak ~ semak dan belukar.
samun I
= ~ sakal perampasan dengan paksa (aniaya);
~ sakal berdarah tangan (peribahasa) sesuatu yang diperiksa (disiasat) hendaklah ada buktinya;
menyamun merampas di tengah jalan dan lain-lain (dengan paksa):
lapan orang lanun telah ~ sebuah perahu nelayan;
samunan hasil rampasan;
kesamunan kehilangan kerana disamun orang;
penyamunan perihal menyamun, perampasan;
penyamun orang yang menyamun.