[Arab] angin panas (di padang pasir).
Author Archives: admin
samudera
lautan:
masing-masing melihat jauh ke tengah ~.
samsu
[Cina] sejenis minuman keras (arak).
samseng II
[Cina] penjahat (suka merompak, menyamun, dan lain-lain):
lagaknya persis seorang ~ yang ganas;
kesamsengan hal (sifat, perilaku dan sebagainya) yang berkaitan dengan samseng:
ada juga yang menunjukkan kebiadaban dan ~ mereka dalam bilik darjah.
samseng I
[Cina], [bahasa percakapan] [arkaik] melawat (orang mati).
samsam
[Kedah] orang Melayu (Islam) yang bercakap Siam, peranakan Melayu Siam.
sampur
[Jawa] sejenis selendang atau sabuk (yang dipakai ketika menari).
sampun
menyampun membiarkan panjang (rambut).
sampul
sarung (surat, bantal, dan lain-lain), pembungkus, penyalut;
~ bantal kain pembungkus bantal;
~ buku penyalut buku (kertas, plastik, dan lain-lain);
~ duit sarung daripada kertas berwarna yang digunakan untuk mengisi duit yang diberikan pada hari raya, perkahwinan dan sebagainya;
~ surat sarung daripada kertas, biasanya berbentuk segi empat tepat, untuk mengisi surat dan sebagainya yang hendak diposkan dan sebagainya;
~ (surat) hari pertama (Pos) sampul surat yang bersetem istimewa dan bercap tarikh keluaran hari pertama bagi memperingati sesuatu peristiwa;
bersampul berbungkus, bersalut, bersarung;
anak ~ anak yang dilahirkan berbungkus dengan kulit tipis (dianggap kebal);
menyampul memasukkan ke dalam sampul, membungkus, menyalut.
sampuk
= menyampuk
1. melanggar sesuatu (ketika berjalan);
2. menangkis atau menepis (pukulan dan lain-lain);
3. mengganggu kesihatan (oleh hantu), merasuk (oleh hantu):
kenapa budak itu terjerit-jerit sahaja, disampuk hantu agaknya;
4. mencelah (percakapan orang), memotong cakap, mencampuri (hal orang lain):
Azlan tidak sedikit pun menyampuk sehingga ayahnya habis bercakap;
menyampukkan melanggarkan, menghantukkan;
tersampuk
1. terlanggar atau terhantuk (ketika berjalan), tersandung;
2. jatuh sakit (kerana diganggu hantu), keteguran:
anaknya ~ hantu petang tadi.