sejenis tumbuhan (pokok);
~ dingin sejenis tumbuhan (pokok), Vernonia chinensis;
~ pucat sejenis tumbuhan (pokok), Hedyotis congesta;
~ tikus sejenis tumbuhan (pokok), pecah payung, Ixora crassifolia.
Author Archives: admin
sampu I
sejenis penyakit (yang berpanjangan dan boleh menguruskan badan);
~ pening penyakit selalu pening-pening;
menyampu menawarkan (menghentikan) penyakit yang dipesonakan orang.
sampir II
menyampirkan menggantungkan (sesuatu) pada ampaian, menyidaikan (kain dan lain-lain);
tersampir tergantung;
sampiran
1. tempat menyidai (kain dan lain-lain), ampaian, gantungan;
2. pembayang maksud (pada pantun).
sampir I
bahagian sarung keris yang di atas sekali.
samping II
sejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja;
bersamping memakai kain di sebelah luar seluar (pada pakaian Melayu), memakai samping.
samping I
sebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi:
orang tua itu menolaknya ke ~ dan membuka pintu kereta itu;
di samping
1. di sebelah, di rusuk, di sisi:
mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman;
2. bersama-sama dengan, bergandingan dengan, bersanding bahu dengan:
kami akan berjuang ~ saudara;
3. … dan juga …, selain … juga …:
~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu;
ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi:
ia menolak adiknya ~;
mengesampingkan
1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi:
pen dikenakan sarungnya dan buku dikesampingkannya sahaja;
2. mengetepikan (menganggap kurang penting), menyingkirkan:
besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja;
bersampingan
1. berdekat-dekat, berhampiran;
2. bersama-sama;
menyamping menyusur (di tepi jalan dan lain-lain);
menyampingi
1. mendekatkan (diri) dengan, berdampingan dengan, mendampingi;
2. [kiasan] menolong, membantu;
menyampingkan
1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan;
2. menganggap tidak penting, menyingkirkan;
3. meletakkan bersama-sama dengan, mendampingkan;
tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir:
oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dengan sendirinya dia ~;
sampingan yang turut terdapat (timbul, digunakan, dan lain-lain) selain yang asas atau yang utama:
masalah kecil dan ~ yang boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yang turut diperoleh daripada usaha untuk menghasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yang utama;
kesan ~ kesan lain di samping kesan yang utama.
sampil II
[Jawa] paha lembu (kerbau dan lain-lain) yang sudah disembelih.
sampil I
kulit pada pangkal pelepah pinang (kelapa dan lain-lain).
sampi
[Jakarta] sapi.
samper
[Jakarta];
menyamperi
1. mendekati, menghampiri;
2. menyinggahi.