sandera

[sastera lama] orang yang tertawan atau tergadai untuk tanggungan hutang dan lain-lain;

menyanderakan menjadikan hamba (kerana berhutang).

sandar II

= sandaran sesuatu yang dijadikan cagaran atau jaminan (dalam berhutang dan lain-lain), gadai, petaruh;

menyandarkan memberikan sesuatu untuk jaminan (dalam berhutang), menggadaikan;

tersandar dijadikan cagaran (jaminan hutang), tergadai.

sandar I

bersandar
1. = menyandar meletakkan belakang (bahu, dada, dan lain-lain) pada sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dan lain-lain sambil bertopang (bersangga) pada:
Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar;
ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar;

2. = ~ pada (ke, atas) berharap (bergantung) pada, beralasan (berdasar) pada:
mereka terlalu sangat ~ kepada bantuan dari luar negeri;

bersandarkan bersandar pada:
baginda menjalankan pemerintahan dengan bersandarkan apa yang telah dipelajarinya;

sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu:
kerjasama dan bantu-membantu dalam masyarakat orang yang beriman itu, samalah seperti hubungan yang rapat dan ~ yang erat sesebuah bangunan;

menyandari mengadakan (memasang, mengenakan) tempat untuk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dan lain-lain):
maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pada Seri Nara Diraja;

menyandarkan
1. meletakkan (membiarkan dan lain-lain) bersandar pada:
seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu;

2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dan lain-lain) pada:
~ rezekinya pada orang yang dermawan;

3. meletakkan (mengasaskan) pada sesuatu yang digunakan sebagai dasar (alasan, bukti, dan lain-lain), mendasarkan:
dalam soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pada agama;
dia tidak ~ tulisannya pada karya-karya sasterawan tanah air;

sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau untuk menyandarkan sesuatu:
akhirnya orang muda itu mengampai ke ~ kerusinya;

2. bantuan, sokongan:
mereka berdoa memohon ~ daripada Tuhan;
ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah.

sandang I

tali dan lain-lain yang diselendangkan di bahu (disilangkan di dada) untuk membawa sesuatu;
sayap ~ selepang (rantai emas) yang disilangkan di dada;
kata ~ (Linguistik) kata penyerta;

menyandang
1. membawa sesuatu dengan tali dan lain-lain yang diselendangkan di bahu:
~ senapang;
ketika bertanya itu, ia sedang ~ kameranya;

2. memikul, memanggul:
~ pedang;
orang yang membawa persalinan itu semuanya ~ tetampan kekuningan;

3. [kiasan] menanggung atau menderita sesuatu (kesusahan, kesakitan, dan lain-lain):
~ derita;

4. [kiasan] menjawat sesuatu pekerjaan (tugas dan lain-lain), menjabat, memegang gelaran (pangkat dan lain-lain):
jawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah lama benar disandangnya;

menyandangkan memikulkan, menyuruh memanggul;

penyandang
1. orang yang menyandang sesuatu (di bahu);

2. orang yang menyandang (memikul, memanggul);

3. orang yang menyandang (sesuatu jawatan dan sebagainya).

sandal

sejenis alas kaki yang bahagian tapaknya agak rendah dan bahagian atasnya pula tidak menutupi bahagian kaki sepenuhnya;

bersandal memakai sandal:
ada yang berkasut, ~ atau berterompah sahaja.