sangau

sejenis tumbuhan (lumut di laut untuk membuat agar-agar), Gelidiopsis rigida.

sangat

1. terlalu, terlampau:
bilangan murid yang mendapat sijil pertama ~lah sedikit;

2. hebat, kuat, menjadi teruk:
susahnya amat ~;
penyakitnya bertambah ~;

3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dan lain-lain):
mereka mahu ~ mendengar cerita itu;
apalah ~
apa pentingnya (mustahaknya dan lain-lain);

sangat-sangat
1. terlalu (terlampau dan lain-lain) sangat, amat sangat:
cermin itu suatu benda yang ~ ajaib;
elektromagnet adalah ~ berguna;

2. sungguh-sungguh benar:
burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka;

bersangatan amat (terlalu) sangat:
seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat;

menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dan lain-lain):
dari sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu;

menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dan lain-lain);

mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dan lain-lain);

tersangat terlalu sangat, teramat sangat:
penyakit ini ~ mudah berjangkit;

kesangatan
1. perihal sangat, keterlaluan;

2. teramat sangat:
segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, daripada ~ bedil Peringgi itu.

sangap

[Johor], [Melaka] menguap:
sekali-sekala dia ~ dan menggeliat di tempat duduknya.

sangai II

[Minangkabau];

bersangai berdiang, berjemur, berpanas:
ia memperlihatkan tangannya yang sudah kisut, sudah hitam ~ dengan panas;

menyangai
1. memanaskan (menjemur, mendiang, dan lain-lain);

2. menggoreng tanpa minyak, merendang;

tersangai
1. (telah) disangai;

2. tidak diminta orang (gadis).

sanga I

tahi leburan, buih berserta kotoran yang lain (daripada logam yang dileburkan);
~ bes hasil sampingan (campuran beberapa sebatian daripada pembuatan keluli) yang boleh dibuat baja.

sang II

~ serok sejenis burung, Arborophilla charltonii;
~ serok gunung
sejenis burung, Arborophila brunneopectus;
~ serok rimba
sejenis burung, Caloperdix oculea.