[Arab] tuan kami (biasanya panggilan untuk Nabi Muhammad SAW serta khalifah-khalifah Ar-Rasyidin.
Author Archives: admin
sayid
[Arab] gelaran orang yang berketurunan daripada Nabi Muhammad SAW.
sayembara
pertandingan (perlumbaan, peraduan, dan lain-lain) untuk mendapat hadiah:
Desa Pingitan menggondol hadiah kedua dalam ~ mencipta novel Dewan.
sayat II
benang ~ sejenis benang daripada bulu biri-biri dan lain-lain.
sayat I
potong nipis-nipis, hiris;
dua ~ dua potong (kerat);
kurang se~ sebelanga (peribahasa) sesuatu yang hanya sedikit sahaja kurangnya;
menyayat memotong nipis-nipis, menghiris, meracik:
~ daging;
~ hati
= ~ jantung menyakitkan hati, melukai hati, menyedihkan hati;
tersayat terhiris, terkoyak, terpotong:
~ hujung jarinya;
~ hati tersinggung perasaan, berasa sakit hati, berasa sedih;
siat I
sayarah, sayarat
[Arab] siarah.
sayap
1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dan lain-lain) yang digunakan untuk terbang, kepak:
tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ [kiasan] menggunakan (memperlihatkan) kebolehan atau kekuatan;
2. [kiasan] sesuatu yang menyerupai sayap:
~ kapal terbang;
~ ikan sirip ikan;
3. bahagian sesuatu yang letaknya di sebelah kanan dan kiri;
4. golongan atau puak dalam sesebuah parti politik atau pertubuhan:
mereka dianggap termasuk dalam ~ sosialis parti itu;
~ kanan
a) golongan politik yang tidak berhaluan sosialis;
b) barisan yang di sebelah kanan;
c) pemain bola dari barisan penyerang yang di kanan sekali;
~ kiri
a) golongan politik yang berhaluan kiri (tetapi bukan komunis);
b) pemain bola dari barisan penyerang yang di kiri sekali;
~ kelima (pergerakan) orang-orang yang mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dengan musuh;
~ roda [Indonesia] bahagian yang menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad;
~ sandang sawat sandang;
~ senteng serba kekurangan;
~ singkat, terbang hendak tinggi (peribahasa) hendak berbuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kekuasaannya;
bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya:
burung-burung itu berbulu dan ~;
hendak terbang tiada ~ (peribahasa) ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya.
sayang
1. mengasihi, mencintai:
~ benar Zalina kepada suaminya;
ibu mana yang tidak ~ kepada anaknya;
2. kasihan, berasa belas (akan):
orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan untuk kami;
3. kasih, cinta:
dari mana datangnya ~, dari mata turun ke hati;
kasih ~
a) kasih, cinta;
b) belas kasihan;
4. [bahasa percakapan] kekasih, jantung hati:
kenapa ~ bercakap begitu?
5. terasa kesal (rugi dan lain-lain):
~nya Si Tuah tiada;
~, dia tidak datang;
~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan;
sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan (peribahasa) anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong;
sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku (peribahasa) dikatakan kepada suami yang mencari kekasih lain;
~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggalkan (peribahasa) sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain;
bersayangan, bersayang-sayangan berkasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang:
benci-membenci antara satu dengan lain itu akhirnya akan ~ juga;
menyayangi
1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai:
isteri yang tua engkau kasihi tetapi yang muda engkau sayangi;
dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya;
2. berasa gemar akan, suka akan:
sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yang sangat disayanginya;
3. berasa kesal, menyesali;
menyayangkan
1. sayang (kasih, cinta) akan:
semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan;
2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dan lain-lain):
sangat disayangkan kejadian itu berlaku;
tersayang
1. terasa amat sayang sekali, (yang) amat disayangi;
2. terasa menyesal akan (sesuatu hal);
tersayang-sayang terasa kesal (rugi):
raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yang diharapnya;
kesayangan
1. perasaan kasih sayang (cinta dan lain-lain), cinta kasih:
~ Mak Wati kepada anaknya bertambah dalam;
2. yang disukai, kesukaan:
itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu;
3. yang disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih:
baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya;
4. perasaan kesal (rugi dan lain-lain);
penyayangan perbuatan menyayangi:
dari situ dibawa kepada ~ rumah, kampung negeri , dan negara;
penyayang orang yang kasih akan yang lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan:
dia induk semang kami yang pengasih lagi ~.
sayak
[Minangkabau] tempurung (yang dikerat dua):
air yang jernih, ~ yang landai (peribahasa) hukuman yang adil;
berandam se~ air, berpaut sejengkal tali (peribahasa) peri penghidupan yang amat susah;
biasa di ~ dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang (peribahasa) orang yang suka mencela orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi diri sendiri pun gemar melakukannya;
dijual ~ dibeli tempurung (peribahasa) sama sahaja halnya (yang hilang sama dengan penggantinya).
saya
1. ganti nama diri pertama (lebih halus daripada aku), hamba:
nama ~ Ahmad;
2. ya, benar: ~ encik;
sahaya