sayap

1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dan lain-lain) yang digunakan untuk terbang, kepak:
tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ [kiasan] menggunakan (memperlihatkan) kebolehan atau kekuatan;

2. [kiasan] sesuatu yang menyerupai sayap:
~ kapal terbang;
~ ikan
sirip ikan;

3. bahagian sesuatu yang letaknya di sebelah kanan dan kiri;

4. golongan atau puak dalam sesebuah parti politik atau pertubuhan:
mereka dianggap termasuk dalam ~ sosialis parti itu;
~ kanan

a) golongan politik yang tidak berhaluan sosialis;
b) barisan yang di sebelah kanan;
c) pemain bola dari barisan penyerang yang di kanan sekali;
~ kiri
a) golongan politik yang berhaluan kiri (tetapi bukan komunis);
b) pemain bola dari barisan penyerang yang di kiri sekali;
~ kelima (pergerakan) orang-orang yang mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dengan musuh;
~ roda [Indonesia] bahagian yang menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad;
~ sandang sawat sandang;
~ senteng serba kekurangan;
~ singkat, terbang hendak tinggi (peribahasa) hendak berbuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kekuasaannya;

bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya:
burung-burung itu berbulu dan ~;
hendak terbang tiada ~
(peribahasa) ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya.

berkongsi