1. mengasihi, mencintai:
~ benar Zalina kepada suaminya;
ibu mana yang tidak ~ kepada anaknya;
2. kasihan, berasa belas (akan):
orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan untuk kami;
3. kasih, cinta:
dari mana datangnya ~, dari mata turun ke hati;
kasih ~
a) kasih, cinta;
b) belas kasihan;
4. [bahasa percakapan] kekasih, jantung hati:
kenapa ~ bercakap begitu?
5. terasa kesal (rugi dan lain-lain):
~nya Si Tuah tiada;
~, dia tidak datang;
~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan;
sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan (peribahasa) anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong;
sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku (peribahasa) dikatakan kepada suami yang mencari kekasih lain;
~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggalkan (peribahasa) sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain;
bersayangan, bersayang-sayangan berkasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang:
benci-membenci antara satu dengan lain itu akhirnya akan ~ juga;
menyayangi
1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai:
isteri yang tua engkau kasihi tetapi yang muda engkau sayangi;
dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya;
2. berasa gemar akan, suka akan:
sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yang sangat disayanginya;
3. berasa kesal, menyesali;
menyayangkan
1. sayang (kasih, cinta) akan:
semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan;
2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dan lain-lain):
sangat disayangkan kejadian itu berlaku;
tersayang
1. terasa amat sayang sekali, (yang) amat disayangi;
2. terasa menyesal akan (sesuatu hal);
tersayang-sayang terasa kesal (rugi):
raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yang diharapnya;
kesayangan
1. perasaan kasih sayang (cinta dan lain-lain), cinta kasih:
~ Mak Wati kepada anaknya bertambah dalam;
2. yang disukai, kesukaan:
itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu;
3. yang disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih:
baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya;
4. perasaan kesal (rugi dan lain-lain);
penyayangan perbuatan menyayangi:
dari situ dibawa kepada ~ rumah, kampung negeri , dan negara;
penyayang orang yang kasih akan yang lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan:
dia induk semang kami yang pengasih lagi ~.