sayur

1. tumbuhan atau daun-daunan yang boleh dimakan (paku, sawi, dan lain-lain):
Din pergi ke pasar membeli ~;

2. masakan daripada sayur (daun-daunan, buah, dan sebagainya, biasanya diberi berkuah):
kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung;
seperti ~ dengan rumput
(peribahasa) hal keadaan yang tidak sama (banyak perbezaannya);

menyayur
1. memasak sayur:
Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~;

2. = menyayurkan memasak jadi sayur:
Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai;
disuruhnya sayurkan kangkung itu;

sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur:
biarlah hamba randaukan dahulu ~.

sayup I

1. kurang jelas pada pelihatan (pendengaran dan lain-lain) kerana jauh:
~ mata memandang;

2. sedikit sahaja kurangnya (kain, perbelanjaan, dan lain-lain), hampir cukup (sampai dan lain-lain);
~ bulan
a) hampir cukup bulan;
b) sudah tidak ada wang lagi (sudah habis wang gajinya);
~ hati belas (sedih) hati;

sayup-sayup
1. kurang jelas (pandangan, pendengaran, dan lain-lain):
dari jauh kedengaran ~ bunyi guruh;

2. = sayup-menyayup hampir cukup, kurang sedikit:
belanja rumah tangga sudah ~;
~ ingat
lupa-lupa ingat;
~ sampai
a) hampir tercapai, kurang sedikit lagi tercapai;
b) kurang sedikit lagi sampai pada mata atau telinga (kerana kurang nyata).

sayung

serong, rencong, tirus;
~ tirus tirus yang tidak sama;

menyayung
1. memotong menyerong, merencong;

2. [kiasan] menyindir;
jangan disindir jangan disayung jangan mengias (menyindir).

sayu

1. = ~ rawan = ~ rayu perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dan lain-lain):
hatinya mengkal bercampur ~;
ia selalu merindui anak itu dengan ~ rawan;

2. tidak berseri (mata), kuyu, muram atau suram (muka):
matanya layu, pemandangan ~;

3. tidak nyaring (suara), lembut dan menyedihkan;

bersayu-sayu sedih (suara dan lain-lain), sedih benar:
dia merayu ~;

menyayu menjadi sayu (sedih dan lain-lain):
tangannya meraba-raba perutnya yang sakit itu dan suaranya ~;

menyayukan menyebabkan jadi sayu (sedih, hiba, dan lain-lain), menyedihkan, menghibakan:
Lamah memeluknya dengan ratapan yang ~, suaranya hampir tidak dapat didengar;

kesayuan perihal sayu (sedih, pilu, dan lain-lain), kesedihan, kepiluan:
masa untuk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~;
aku juga merasai ~ yang dirasai oleh mereka itu;

penyayu orang yang mudah berasa sayu:
dia seorang gadis yang ~.