sebar

bersebar
1. bertabur (benih dan lain-lain), berserak:
tetamu ~ dalam kelompok tunggal atau berdua, bertiga, pada satu meja;

2. berkembang (ajaran, agama, dan lain-lain), meluas:
agama Islam ~ di negeri itu;

bersebaran bertaburan (di merata tempat), berserakan;

menyebarkan menabur (benih dan lain-lain), menghamburkan, menyerakkan:
cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain;
mereka berani mengorbankan apa saja untuk ~ agama Islam;

tersebar terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat, dan lain-lain):
berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun;

ketersebaran keadaan tersebar:
~ komoditi sejajar dengan ~ budaya;

sebaran (sesuatu) yang disebarkan, tebaran (cahaya dan lain-lain);
surat ~ surat yang dibahagi-bahagikan kepada orang ramai;
~ am media massa (seperti surat khabar, radio, televisyen, dan sebagainya);

persebaran perihal bersebaran:
~ geografi dialek-dialek Melayu;

penyebaran perihal (kegiatan, usaha, dan sebagainya) menyebarkan, penaburan, pengembangan:
perubahan besar telah berlaku dalam cara ~ agama Islam;

penyebar
1. orang yang menyebarkan (menaburkan, mengembangkan, dan lain-lain), penabur, pengembang (agama dan lain-lain):
para ~ agama;

2. alat untuk menyebarkan.

sebam

1. sudah luntur warnanya, tidak berseri lagi, malis;

2. warna yang suram (kelabu dan lain-lain).

sebal III

[Jawa];

menyebal menyimpang (daripada yang sepatutnya), tidak menurut peraturan, menyeleweng.

sebal I

= ~ hati berasa dongkol atau marah dalam hati (kerana kecewa dan lain-lain), berasa kesal (kecewa), jengkel, mendongkol:
melegakan hati yang ~;
dengan perasaan yang ~, kami bertujuh pulang hampa;

menyebal menjadi (berasa) sebal, menjadi jengkel (mendong

sebak II

kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri);

bersebak
1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dan lain-lain) bercerai, berkuak;

2. berbelah (rambut):
rambutnya ~ di tengah-tengah;

3. menepi ke kiri atau ke kanan (untuk memberi jalan), menyisi;
air besar, batu ~ (peribahasa) saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan;

menyebak
1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dan lain-lain), menyiah;

2. [bahasa percakapan] membuka (halaman buku dan lain-lain), menyingkap (kain dan lain-lain);

menyebak-nyebak
1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan;

2. [bahasa percakapan] membuka-buka atau membalik-balik (muka surat dan lain-lain);

tersebak
1. terkuak ke kiri ke kanan (air yang ditempuh kapal dan lain-lain), berbelah (sisiran rambut);

2. [bahasa percakapan] terbuka (berkenaan (dengan) buku).

sebak I

1. hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air:
air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang;
rupa darah seperti air ~, bangkai berhantaran di bumi;

2. [kiasan] digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air mata);

3. [kiasan] sesak (dada dan lain-lain):
Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan ~ di dada;

menyebakkan menyebabkan jadi sebak;

kesebakan keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dan sebagainya):
tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf.