sebai

kain yang dibelitkan di leher untuk menutup bahu dengan kedua-dua hujungnya tergantung di dada, selendang yang digantungkan di bahu;

menyebaikan membelitkan sebai di leher untuk menutup bahu:
serbannya disebaikan, meninggalkan ketayapnya terserkup di kepala.

sebab

yang mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula:
doktor dapat mencari ~ penyakit itu ;
ia dipecat ~ malas;
oleh ~
kerana;
~-musabab berbagai-bagai sebab;

bersebab ada sebabnya (alasan mulanya):
sakit bermula mati ~;
polis tidak ada kuasa untuk menangkap orang dengan tidak ~;

menyebabkan menjadikan sebab, mengakibatkan:
hanya belas kasihan oranglah yang ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu;
hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap;

tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana:
kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain;

penyebab
1. orang (pihak dan sebagainya) yang menjadi sebab atau punca kepada sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dan lain-lain);

2. sesuatu (seperti penyakit, bencana alam, dan lain-lain) yang menjadi sebab kepada sesuatu:
dia tidak menyangka tindakannya yang menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dalam kancah kehinaan.

seba

[Jawa];

berseba [sastera lama] sedang menghadap (raja di balai);

menyeba [sastera lama] mengadap (raja di balai);

peseban.

SEATO

akronim bagi South-East Asia Treaty Organisation (iaitu ikatan negara-negara untuk menjaga keselamatan negara-negara di Asia Tenggara).

SEAMEO

akronim bagi Southeast Asia Ministers of Education Organization (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara).

se II

1. awalan yang bermaksud sama (serupa):
~-begitu;
~kuat;
~pandai;
~tinggi;

2. awalan yang bermaksud seluruh (segenap):
~lama;
~panjang;
~kitar;

3. awalan yang bermaksud sedari (dari):
~mula;

4. awalan yang bermaksud lepas, sudah, telah:
~habis;
~sudah;

5. awalan yang bermaksud hingga (sampai):
~cukup;
~hingga;
~lanjut;
~takat;

6. awalan yang bermaksud dengan:
~benarnya;
~ patutnya;
~sungguhnya;
~wajarnya;

7. awalan yang bermaksud berapa mungkin:
~boleh-bolehnya;
~dapat-dapatnya;

8. awalan yang bermaksud kian (bertambah):
~makin;

9. awalan yang bermaksud kalau (bila):
~andainya;
~kiranya;

10. awalan yang bermaksud yang:
~lain;
~nya
adapun:
~nya baik dan jahat itu daripada engkau.

se I

1. satu, esa, tunggal;

2. awalan yang bermaksud satu:
~buah, ~hari, ~kali, ~belas.