serap II

[Indonesia] peruntukan yang disediakan (untuk mengganti jika ada yang rosak, hilang, dan lain-lain), cadangan;

menyerapkan menyediakan atau menguntukkan sesuatu (untuk serap), mencadangkan;

= serep I.

serap I

masuk melalui liang-liang kecil;
~ mesra mesra atau mendalam benar (perasaan);
makan ~ menumpang hidup (makan) pada orang lain;

menyerap
1. masuk ke dalam melalui liang-liang kecil (benda-benda cair seperti air dan lain-lain), meresap:
makanan yang telah hadam itu bersebati dengan air dan ~ masuk ke dalam saluran darah;

2. [kiasan] meresap benar (ke dalam badan, hati, dan lain-lain), menjadi mesra sekali (perasaan):
kemesraan itu sudah ~ pada kedua-dua orang itu;

3. [kiasan] merasuk (orang halus, hantu, dan lain-lain), masuk mengganggu (roh yang jahat);

4. menghisap benda-benda cair (kain, kertas, dan lain-lain):
batu kapur dan kapur sangat kuat ~ air;

5. mengambil dan memasukkan ke dalam sesuatu, menerima (sehingga menjadi sebahagian daripada sesuatu):
kata-kata yang sudah diserap ke dalam sistem fonologi dan morfologi Melayu;

menyerapi meresapi:
sistem pendidikan Islam jalan terakhir ~ kehidupan dan pemikirannya;

menyerapkan menyebabkan atau menjadikan terserap:
anggota persatuan telah diserapkan ke dalam badan sukarela itu;
kebanyakannya mengambil kesempatan berkahwin dan ~ diri sebagai anggota masyarakat pribumi itu;

terserap
1. telah (boleh, dapat) menyerap atau diserapkan:
pembukaan kawasan yang pesat menyebabkan jumlah air yang ~ ke bumi berkurang;

2. diterima sebagai sebahagian daripada sesuatu, sebati:
fungsi negeri bertambah luas dan menjadi ~ dalam kehidupan rakyat;

serapan
1. hasil menyerap, (sesuatu) yang diserap;

2. lubang (yang biasanya ditutup dengan ijuk dan lain-lain) tempat air yang kotor;

3. alat untuk menyerap, alat penyerap (sesuatu);

keterserapan keadaan atau sifat boleh diserapkan:
penggolongan kata pinjaman dapat dilakukan berdasarkan darjah ~ kata tersebut dalam bahasa Melayu;

penyerapan
1. proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil;

2. pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran, dan lain-lain), penerimaan (dan penyebatian):
~ budaya yang begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi;
ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dalam ~ bunyi-bunyi ini;
~ ilmu pengetahuan;

penyerap sesuatu yang menyerap (menghisap dan lain-lain) benda yang lain.

serantan

~ tua sejenis tumbuhan (pokok), medang gatal (hakat, keladi, layang), putut paya, Hilicia javanica.

seranta

pegawai ~ pegawai yang tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara organisasi (institusi dan sebagainya) yang dianggotainya dengan orang ramai serta meningkatkan dan memelihara imej organisasi (institusi dan sebagainya) yang berkenaan (dengan menyebarkan maklumat dan lain-lain);
penulis ~ penulis yang memberitahukan (hal-hal yang tertentu seperti iklan dan lain-lain) kepada orang ramai;

menyerantakan memberitahukan kepada khalayak ramai, memaklumkan, mengumumkan:
maka bentara pun menyuruh orang ~ maklumat supaya orang bersuka-sukaan empat puluh hari empat malam kepada segala daerah Acheh;

serantaan yang berkaitan dengan hubungan antara organisasi (institusi dan sebagainya) dengan orang ramai.

Serani II

Kristian;
air ~ air suci (dalam agama Kristian untuk pembaptisan);
masuk ~ memeluk agama Kristian;
orang ~
a) orang yang beragama Kristian;
b) orang peranakan daripada bangsa Eropah dengan bangsa Asia (Eurasian);
c) [sastera lama] orang Portugis;

menyeranikan
1. menjadikan Kristian, membaptis(kan), memandikan (dengan air Serani);

2. [Indonesia] mengahwini dengan sah (orang Eropah yang memperisteri orang Indonesia);

keseranian hal (sifat, keadaan dan sebagainya) yang berkaitan dengan Serani;

penyeranian perihal atau perbuatan menjadikan seseorang Serani, pengkristianan. seranjung [Kelantan], [bahasa percakapan] menyambar sesuatu (seperti buah dan lain-lain) sambil melompat.

serangkak II

[Minangkabau] sejenis ketam (kepiting);
bagai ~ tertimbakan (peribahasa) orang yang miring jalannya (kerana cacat dan lain-lain);
hati bak ~ dibungkus (peribahasa) sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.

serangkak I

duri-duri (ranting, kawat, dan lain-lain) yang dililitkan pada batang kayu supaya jangan dipanjat orang, sawar;
~ payung jari-jari payung.