serang hendap

tindakan menyerang atau menyerbu secara tiba-tiba terhadap musuh setelah menunggu dan menghendapnya di tempat yang tersembunyi:
lanun itu tidak menyangka sama sekali ia terkena ~;

menyerang hendap menyerang seseorang (musuh, lawan dan sebagainya) dengan tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu beberapa ketika di tempat tersembunyi:
pasukan keselamatan telah mengatur rancangan untuk ~ pihak musuh;

serangan hendap serang hendap;

penyerang hendap pihak (orang atau kumpulan) yang melakukan serang hendap.

serang balas

serangan yang dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan pihak musuh atau lawan:
dia juga melatih askar untuk melakukan ~;

menyerang balas menyerang balik (pihak musuh, penentang dan sebagainya) yang telah melakukan serangan (kecaman dan sebagainya):
pasukan keselamatan telah bersedia untuk ~ serangan musuh itu;

serangan balas serang balas:
dua orang anggota tentera kita cedera dalam ~ pihak musuh itu.

serandung

terserandung terhantuk pada (kaki), tersampuk, tersandung:
ada yang berlari berhambat-hambatan, ~ jatuh rebah-rempah daripada sangat sukanya itu.

seranduk

terseranduk tersampuk (kaki pada akar dan lain-lain ketika berjalan), tersandung:
ada antara kami yang tersungkur kerana kakinya ~ pada akar-akar kayu.

serandau

sejenis burung, pucung, Ardea purpurea manilensis.

Serandib [sastera lama] Pulau Ceylon, Sri Lanka.

serandang

dua batang kayu yang bersilang (sama ada diikat atau dipasak) untuk menyangga sesuatu, kuda-kuda tukang kayu;

menyerandang menyangga (menopang, mengalas, dan lain-lain) dengan serandang.

seranam

sejenis tumbuhan (herba), akar keremak, daun patuk tuau, deras malam, rumput halyur, Ruellia repens.

seranah

kata-kata yang mengutuk (menista dan lain-lain), serapah;
sumpah ~ berbagai-bagai kutuk dan nista;

menyeranah mengutuki, menyumpahi:
Hajah Kadiah ~ dan menyumpah babi-babi yang memakan ubinya.