seran

jalur-jalur yang miring, loreng;

berseran berjalur-jalur miring, berloreng.

serampin

[arkaik]

1. sejenis tikar pengalas tempat membuat sagu (untuk mengumpulkan sagu);

2. sisa sagu yang tinggal di atas tikar (setelah yang baik diambil).

serampat

[arkaik] tali yang diikatkan pada kedua-dua belah kaki untuk memudahkan memanjat, sengkelit.

serampang III

menyerampang
1. membaling sesuatu (seperti kayu dan lain-lain) hampir dengan paras tanah;

2. [bahasa percakapan] menyerang (melanggar, merempuh) dengan sesuka hati sahaja, melakukan sesuatu dengan membabi buta sahaja, merambang;

3. [bahasa percakapan] mengambil dengan sewenang-wenang, mencuri, menyerobot;

serampangan dengan sewenang-wenang sahaja, tidak berfikir panjang lagi (melakukan sesuatu dan lain-lain), membabi buta:
antara penulis-penulis kita, terdapat sikap yang melulu dan ~ sahaja dalam mempergunakan bahasa.

serampang II

[Minangkabau];

terserampang
1. tersangkut (terlekat, tertahan) pada, terkait;

2. [kiasan] tersekat, terhenti, tertahan.

serampang I

1. sejenis tombak yang bercabang hujungnya (untuk senjata, menangkap ikan, dan lain-lain);

2. garpu makan;
~ dua mata
a) [kiasan] sesuatu dasar, program, dan sebagainya yang mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif, dan sebagainya;
b) (peribahasa) orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan;
ikan biar dapat, ~ jangan pokah (peribahasa) maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian;

menyerampang menikam dengan serampang (kpada musuh, ikan, dan lain-lain);

terserampang tertikam dengan serampang, kena serampang.

seramik

1. bahan keras dan rapuh yang dibuat dengan membakar tanah liat dan lain-lain;

2. barang, seperti kepingan lantai, yang dihasilkan daripada tanah liat, tembikar, dan lain-lain;

3. seni dan teknik membuat barang-barang daripada tanah liat, tembikar, dan sebagainya.

serambi

1. selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit);

2. [Indonesia] platform (di stesen kereta api), peron;
~ belakang serambi yang di bahagian belakang rumah;
~ depan (muka) serambi yang di depan rumah;
~ jantung (Biologi) rongga atau ruang jantung yang di sebelah atas.