serak I

1. parau atau garau (suara):
makin lama suaranya makin ~ dan akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yang akhir;
~-~ basah
agak serak suaranya (tetapi sedap didengar);

2. tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain).

serak

berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dan lain-lain) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah:
segala barang di dalam rumahnya ~;
kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai;

berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan:
puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permaidani;

menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana;

menyerakkan menaburkan (supaya berserak), menyebarkan, memencarkan:
kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserakkan di cerpu kaki masing-masing;

penyerakan proses menyerak(kan).

serai I

1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sejenis tumbuhan (rumput yang daunnya berbau harum), Cymbopogon citratus;

2. = ~ wangi sejenis tumbuhan (rumput yang lebih rimbun dan wangi daripada serai betul), Cymbopogon nardus;
~ kayu
sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, Eugenia polyantha;
~ kemangi
ki kerabat yang jauh;
gulai lampau ~, tentu maung (peribahasa) sesuatu yang berlebihan (perbuatan, percakapan, dan lain-lain) itu akan mendatangkan keburukan;
serumpun bagai ~, selubang bagai tebu (peribahasa) muafakat sekali, seia sekata.

serah I

berserah
1. bergantung nasib diri kepada, memulangkan nasib kepada:
sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja;

2. = ~ diri memberikan diri kepada yang berkuasa seperti kepada polis (orang salah dan lain-lain);

menyerah
1. menggantungkan nasib kepada, bertawakal kepada, berserah:
jangan lekas ~ kepada takdir;

2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah:
biarlah darahnya dihirup daripada ~ kalah;

3. = ~ diri

memberikan diri kepada yang berkuasa (orang salah, orang yang ditewaskan dalam peperangan, dan lain-lain):
beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri;

4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja:
akhirnya ia ~ kepada kehendak Raden Menteri;

menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kepada:
beliau telah diserahi tugas yang serupa;

menyerahkan
1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dan sebagainya) sesuatu kepada:
ayahnya telah ~ wang yang diminta itu;
tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kepada sahaya;
~ kehormatan
membiarkan diri dinodai (dicabuli);

2. mempercayakan (kepada), mengamanahkan sesuatu (kepada):
mana pekerjaan yang diserahkannya kerjakan olehmu;

3. = ~ diri

menyerah diri:
ia ~ dirinya kepada aku;

4. ~ diri menggantungkan (mempertaruhkan) nasib dan lain-lain kepada, bertawakal kepada:
hendaklah engkau sangat-sangat ~ ke hadrat Allah Taala;

terserah
1. diserahkan (diberikan) kepada:
dan lagi ada pula kuasa yang besar ~ ke dalam tangannya;

2. bergantung kepada, terpulang kepada (pertimbangan, pemikiran, dan lain-lain):
bagi mentafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kepada aliran fikiran orang yang mentafsirkan itu;

serahan apa-apa yang diserahkan:
anakku, aku serahkan ke dalam tanganmu, ~ yang bulat-mulat;

penyerahan perbuatan menyerahkan (mempercayakan, mengamanahkan, dan lain-lain):
kekalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kepada British.

penyerah orang atau pihak yang menyerahkan sesuatu.

serah hak

~ mutlak (Undang-undang) kesemua hak pemilikan yang diserahkan kepada pemilik baru (pihak ketiga);

penyerahhakan proses memindahkan hak, harta, tanggungan dan sebagainya mengikut undang-undang;

penyerah hak orang yang memindahkan hak, harta, tanggungan dan sebagainya mengikut undang-undang.