siaran

sesuatu yang disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dan lain-lain):
aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini;
surat ~
surat yang disebarkan kepada orang ramai;

persiaran [arkaik] pengumuman, pemberitahuan;

penyiaran
1. perbuatan menyiarkan:
~ agama Islam di Tanah Melayu;

2. (Komunikasi) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem analog, satelit atau kabel;

penyiar
1. orang yang menyiarkan, pengembang (agama);

2. alat pemancar (radio dan lain-lain);

3. penerbit dan penjual (buku dan lain-lain);

4. petugas radio dan televisyen yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyiaran rancangan media elektronik.

siar IV

perekat (daripada simen dan lain-lain) batu bata, turap;

menyiar merekatkan bata dengan bata, menurap.

siar III

[Minangkabau];

~ bakar perihal membakar dengan sesuka hati (rumah dan lain-lain);
~ bakar berpuntung suluh (peribahasa) sesuatu perkara itu boleh diputuskan setelah cukup bukti dan keterangannya;

menyiar membakar, menunu;

tersiar terbakar.

siar II

bersiar, bersiar-siar [arkaik] berjalan-jalan (mengambil angin dan lain-lain), bertemasya:
malam itu, Maskam membawanya ~ ke taman bunga;

persiaran
1. hal atau perbuatan bersiar-siar:
bas ~;

2. tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar;

persiar kapal ~ kapal untuk bertemasya (bersuka-suka) di laut.

siar I

menyiarkan
1. menghebahkan kepada orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dan lain-lain), mengumumkan:
berita itu telah disiarkan melalui radio;

2. memasukkan (gambar dan lain-lain ke dalam majalah, surat khabar, dan lain-lain) dan menerbitkannya:
memang sudah biasa majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah;

3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dan lain-lain);

4. memancarkan (cahaya dan lain-lain);

5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan;
~ raya alat untuk membuat pengumuman, misalnya pembesar suara, dalam sesuatu majlis, perayaan dan sebagainya;

tersiar
1. telah dihebahkan (diumumkan, dikhabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana-mana:
khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir;

2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dan lain-lain):
kesemua cerpen dalam kumpulan ini telah ~ dalam mingguan Utusan Zaman;