sibur

sejenis pencedok air (daripada tempurung), gayung;

menyibur mencedok dengan sibur.

sibuk I

1. banyak yang dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk:
di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari;

2. banyak kenderaan lalu-lalang (berkenaan (dengan) jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (berkenaan (dengan) pelabuhan, lapangan terbang):
jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dari pejabat;
kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir;

3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain:
dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut;

bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu:
mereka berpura-pura ~ dengan benda-benda di atas meja;

menyibukkan
1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan;

2. bersibuk tentang:
apa yang kau sibukkan benar;

kesibukan
1. perihal (keadaan dan sebagainya) sibuk, perihal (keadaan dan sebagainya) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dan sebagainya):
usaha itu terbengkalai untuk beberapa ketika kerana ~ kerja;

2. perihal keadaan sibuk dengan kenderaan dan lain-lain, kesesakan, keributan:
semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yang menggila itu;

penyibuk orang yang suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain:
jangan suka jadi ~.

sibu

sejenis tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, siku dengan, siku-siku, Oldenlandia corymbosa.

sibir

[Minangkabau] kerat, cabik, potong;

sesibir secarik, secabik, sekerat;

sibiran serpihan, keratan, pecahan;
~ tulang ki anak, kekasih, buah hati.

sibernetik

kajian yang berkaitan dengan kawalan dan komunikasi pada sistem elektronik yang kompleks, serta pada sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia.

siber

berkaitan dengan komputer dan Internet:
Internet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam ruang ~;
ibu bapa kini menghadapi cabaran yang lebih besar dalam mendidik anak-anak yang membesar dalam dunia ~.

sibar-sibar

sejenis serangga (Crocothemis servilia, Neurothemis fluctuans, Thyothemis Phyllis, Nannophya pyangmaea dan lain-lain);

= sibur-sibur.