sidang III

1. berhenti (hujan dan lain-lain), reda;

2. [Kelantan] berkurang (sakit dan lain-lain), beransur pulih.

sidang I

1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dan lain-lain), sekalian anggota:
~ mesyuarat;
~ majlis
semua orang yang hadir dalam majlis;

2. sekalian, para, segala (untuk menyatakan banyak):
~ pendengar;

3. = persidangan perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat:
masing-masing yang hadir dalam ~ tersebut mempunyai tafsirannya tersendiri terhadap dasar itu;
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yang sedang membahaskan krisis di Timur Tengah;

4. [arkaik] dewan, majlis;
~ perang majlis perang;
~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yang diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dan lain-lain) kepada pemberita akhbar;
~ jemaah
a) = ~ Jumaat orang yang bersembahyang Jumaat;
b) [Indonesia] segolongan daripada masyarakat Kristian;
~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yang diadakan pada peringkat tertinggi (oleh ketua-ketua negara dan lain-lain);
~ pembaca segala orang yang membaca, para pembaca;
~ pengarang setiap anggota pengarang (pada sesebuah penerbitan dan lain-lain), anggota redaksi;
~ pengurus
a) badan atau majlis yang mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dan lain-lain);
b) setiap anggota pengurus;
~ pleno sidang lengkap (daripada seluruh ahli);
~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya;
~ tergempar mesyuarat yang diadakan secara tergempar (untuk menyelesaikan sesuatu);
~ tertutup sidang untuk para ahli sahaja;
~ video perbincangan dan sebagainya yang menggunakan alat komunikasi yang membolehkan dua individu atau lebih dari tempat yang berlainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain;

bersidang mengadakan sidang atau persidangan, bertemu untuk berunding, bermesyuarat:
pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ untuk menyusun langkah menyerang musuh.

sidaian

tempat menyidai (pakaian dan sebagainya), ampaian:
aku menyusup melalui ~ kain;

penyidai tempat menyidai (daripada tali, dawai, dan lain-lain), ampaian:
~ hendaklah dibuat di tempat lapang yang mendapat cahaya matahari.

sidai

bersidai
1. bergantung pada sesuatu yang lebih tinggi dari tanah, lantai dan lain-lain (berkenaan (dengan) kain baju dan lain-lain):
kain yang basah itu kelihatan ~ di ampaian;

2. [kiasan] duduk-duduk di sesuatu tempat (biasanya di tembok dan sebagainya) tanpa tujuan:
mereka memilih untuk ~ di pusat membeli-belah dan di tembok-tembok bangunan;

bersidaian bersidai di sana sini (kain baju dan lain-lain), bergantungan, bersangkutan:
kain-kain buruk ~ di dinding;

menyidai menggantung (kain baju dan lain-lain) supaya kering, mengampai, menjemur:
kain-kain yang bergulung tadi hendaklah disidai semula;

menyidaikan menyidai untuk:
dia ~ ibunya kain-kain yang baru dibasuh itu di ampaian;

tersidai tersangkut (kain baju dan lain-lain), tergantung:
di ampaian kain, masih ada ~ sehelai baju tidur;

sida

[sastera lama] gelaran orang daripada keturunan bangsawan;

sida-sida sl
1. pegawai dalam istana (semacam pendeta);

2. pegawai dalam istana yang telah dikasi (dikembiri);

menyidai [sastera lama] mengasi, mengembiri.

sice

[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] satu set kerusi meja (satu meja dan empat kerusi), selengkap kerusi meja.