sibuk I

1. banyak yang dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk:
di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari;

2. banyak kenderaan lalu-lalang (berkenaan (dengan) jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (berkenaan (dengan) pelabuhan, lapangan terbang):
jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dari pejabat;
kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir;

3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain:
dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut;

bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu:
mereka berpura-pura ~ dengan benda-benda di atas meja;

menyibukkan
1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan;

2. bersibuk tentang:
apa yang kau sibukkan benar;

kesibukan
1. perihal (keadaan dan sebagainya) sibuk, perihal (keadaan dan sebagainya) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dan sebagainya):
usaha itu terbengkalai untuk beberapa ketika kerana ~ kerja;

2. perihal keadaan sibuk dengan kenderaan dan lain-lain, kesesakan, keributan:
semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yang menggila itu;

penyibuk orang yang suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain:
jangan suka jadi ~.

berkongsi