siapa

1. kata untuk menanyakan orang, orang mana:
~ yang mengusik awak?

2. kata untuk menanyakan nama orang:
~ nama kamu?

3. kata untuk menyatakan orang secara umum, orang yang tidak tentu;
~ yang makan cabai, dialah berasa pedas (peribahasa) yang berbuat salah akan berasa;
tiada ~ tiada seorang pun;
~ lagi
a) = ~ pula adakah orang lain lagi;
b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dan lain-lain);
~ lu ~ gua [Indonesia], [bahasa percakapan] masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu);
~ pun = ~ sahaja
a) barang siapa;
b) sebarang orang, siapa juga;

sesiapa siapa-siapa:
~ sahaja boleh menyertai peraduan ini;

siapa-siapa
1. orang yang tertentu:
kakak tidak menunggu ~;

2. siapa juga, siapa pun:
aku tidak mahu menyalahkan ~, sekalipun engkau;

3. barang siapa, seseorang (orang yang tidak tentu):
~ yang didapati bersalah, akan dihukum.

siap

1. sudah sedia (pakaian, makanan, dan lain-lain), sudah disediakan, mustaid:
makanan sudah ~;

2. selesai (dibuat dan lain-lain):
ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai;

3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia untuk (melakukan sesuatu dan lain-lain):
mereka sudah ~ untuk menghadapi tugas;

4. = bersiap [Indonesia] jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dalam tentera);

bersiap
1. = ~ sedia = ~ lengkap =

bersiap-siap berjaga-jaga untuk menghadapi sesuatu, berwaspada:
setelah kelihatan itu, maka masing-masing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu;

2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu:
maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yang cantik lalu menyuruh tamu naik;

3. [Indonesia] siap (perintah dalam tentera);

bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia-sedia:
negeri Kuripan sedang ~ untuk perkahwinan tuan puteri;

bersiapkan [sastera lama] = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya;

menyiapkan, mempersiapkan
1. menyediakan, mengadakan:
isterinya ~ makan pagi;

2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan:
berilah aku masa yang cukup untuk ~ pekerjaan ini;

3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu untuk:
disiapkannya sebuah perahu untuk belayar;

4. mengusahakan, membentuk, membuat:
mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yang akan mencegah perbuatan rasuah;

persiapan
1. perihal bersiap-siap (mempersiapkan):
empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sebagai ~ untuk merebut gelaran johan;

2. segala sesuatu yang disiapkan, kelengkapan, persediaan:
ia pun pulang untuk membuat ~ belayar;
beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat;

penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dan lain-lain).

siantan

~ hutan
a) = ~ jantan sejenis tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, pecah periuk, penujuh, Ixora chinensis;
b) sejenis tumbuhan (pokok), delak ayam, jarum-jarum (jejarum, menjarum) merah, nipis kulit, Ixora concinna.

sianogen

(Kimia) gas yang tidak berwarna, berbau sengit, sangat beracun dan larut dalam air, alkohol dan eter, digunakan dalam sintesis bahan organik yang lain dan juga sebagai bahan pewasap.

sianggit

sejenis tumbuhan (rumpai), ara batu, daun misai kucing, rumput jalang (pereh jarang, sekeduk, tahi ayam) selasih dandi, senorang kambing, tahi asu (anjing), Ageratum conyzoides.

siang II

terang (halaman, kawasan, dan lain-lain), bersih;

menyiang
1. = menyiangi mencabut rumput (semak dan lain-lain) supaya bersih:
Hari Raya Pak Mat lumayan dengan duit, tanah perkuburan dia yang menyianginya;
musim yang ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi;

2. = mempersiang membersihkan ikan (daging dan lain-lain) sebelum dimasak:
aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru;

menyiangkan menyiang (ikan, ayam dan sebagainya) untuk:
selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pada pagi itu.

siang I

1. = ~ hari waktu dari matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lawan malam:
mereka berjanji akan berjumpa pada waktu ~;
buta ~
kurang pelihatan pada waktu siang;
maharaja ~ matahari;

2. = siang-siang lebih awal (daripada yang sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas:
wah, ~nya dapat kad jemputan!;
kedai telah ditutup ~-~ lagi;
~ malam
siang dan malam;
~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan (peribahasa) perihal orang yang melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga;
murai berkicau hari ~ (peribahasa) sesuatu yang sudah terang dan nyata;
takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ (peribahasa) sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yang tidak suka;

kesiangan terlewat (bangun daripada tidur dan lain-lain) hingga siang:
mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur;
seperti bulan ~ hari
(peribahasa) muka yang pucat benar.