menyiarkan
1. menghebahkan kepada orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dan lain-lain), mengumumkan:
berita itu telah disiarkan melalui radio;
2. memasukkan (gambar dan lain-lain ke dalam majalah, surat khabar, dan lain-lain) dan menerbitkannya:
memang sudah biasa majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah;
3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dan lain-lain);
4. memancarkan (cahaya dan lain-lain);
5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan;
~ raya alat untuk membuat pengumuman, misalnya pembesar suara, dalam sesuatu majlis, perayaan dan sebagainya;
tersiar
1. telah dihebahkan (diumumkan, dikhabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana-mana:
khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir;
2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dan lain-lain):
kesemua cerpen dalam kumpulan ini telah ~ dalam mingguan Utusan Zaman;