(Linguistik) berkaitan dengan suku kata:
lambang ~.
Author Archives: admin
sila III
(Sanskrit) perbuatan yang mengikut peraturan, budi pekerti, adab;
pancasila, susila.
sila II
duduk dengan kaki berlipat dan bersilang:
orang tua itu membetulkan ~nya sambil mengapur sirih;
mengalih ~ beralih tempat duduk;
mengorak ~ bangkit dari duduk;
bersila duduk dengan melipatkan dan menyilangkan kaki:
seumur hidupnya tidak pernah dia makan ~;
~ angkat duduk dengan melapiskan kaki ke atas paha yang lain;
~ panggung duduk dengan bertindih kaki (tidak menyilangkan kaki);
menyilakan;
~ kaki menyilangkan kaki (seperti bersila).
sila I
= silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya …, jemputlah, sudilah:
~lah, kekanda;
menyilakan, mempersilakan meminta (menjemput, mengajak) dengan hormat supaya …:
ibu telah ~ perempuan yang datang itu duduk dekatnya;
dia menuangkan air lalu mempersilakan abang sepupunya minum;
semua yang berbakat dalam memasak dipersilakan menghantar resepi asli mereka, bersama kupon yang disediakan;
tersila terserah (terpulang) kepada.
sil II
anjing laut.
sil I
lapisan mendatar batuan igneus intrusif yang merentang di antara lapisan-lapisan batuan lain.
sikut II
[Brunei];
menyikut membawa sesuatu atau seseorang (di belakang tubuh).
sikut I
[Jawa] siku;
main ~ = main sikut-sikutan [bahasa percakapan]
a) menyinggung dengan siku (dalam permainan dan lain-lain);
b) berlaku curang, mencuri, menipu, dan lain-lain;
menyikut
1. menyinggung (memukul) dengan siku;
2. [bahasa percakapan] bermain sikut.
sikudomba
sejenis ikan laut yang besar.
sikudidi
burung kedidi;
bersikudidi berjengket-jengket.