(Biologi) bulu yang halus-halus yang terdapat pada bahagian-bahagian tertentu tumbuhan atau binatang.
Author Archives: admin
silet
[Indonesia] ;
pisau ~ sejenis pisau cukur (daripada besi nipis dan bermata dua).
silengah
[Minangkabau];
bersilengah tidak mengendahkan apa-apa, bersikap tidak tahu:
ia tahu apa yang merawankan hati anaknya, tetapi ia pura-pura ~ saja;
lengah.
silau II
menyilau [sastera lama] memandang (sesuatu yang jauh), meninjau:
mata datuk ~ ke seluruh ruang rumah.
silau I
kabur mata (kerana kena cahaya yang sangat terang):
~ mata kena sinar matahari;
menyilaukan menyebabkan menjadi silau:
sinar matahari itu sungguh ~ mataku;
tersilau menjadi silau;
kesilauan
1. perihal silau;
2. tersilau, menjadi silau:
mereka duduk itu diterangi oleh sorotan lampu kereta sehingga mata mereka ~.
silaturahmi
[Arab] persaudaraan, persahabatan:
perjumpaan ~.
silaturahim
[Arab] = hubungan ~ = tali ~ hubungan persaudaraan (kekeluargaan, persahabatan);
bersilaturahim mengadakan hubungan silaturahim:
ada waktu yang lama untuk mereka ~ selepas makan.
silat
sejenis seni (permainan dan sebagainya) atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri, pencak;
jenis-jenisnya:
~ cekak, ~ gayung, ~ pulut;
ahli ~ orang yang cekap (mahir) tentang silat;
bersilat bermain silat (pencak), berjuang dengan silat:
sebelah kanan orang memencak, sebelah kiri orang ~;
~ lidah (kata) [kiasan] pandai memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih (berhelah);
menyilat mengelak (pukulan, serangan, dan lain-lain) dengan gerak silat, menangkis;
persilatan yang berkaitan dengan silat:
gimnasium itu akan dilengkapi pusat riadah, tempat latihan ~ dan lain-lain;
pertarungan silat yang menunjukkan kaedah ~;
~ lidah (kata) [kiasan] perbahasan dan lain-lain dengan menguji kepandaian berkata-kata (memainkan kata-kata);
pesilat orang yang bersilat:
~ sedang bersedia untuk memulakan pertandingan.
silara
rimbunan daun pada bahagian atas pokok.
silap
1. salah pandangan atau perasaan (dengan yang sebenarnya);
~ faham tidak memahami apa yang sebenarnya;
2. [sastera lama] sulap, sunglap:
tukang ~;
3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dan lain-lain);
4. salah yang tidak disengajakan, khilaf:
kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun;~ gayung [Kelantan] telah melakukan sesuatu yang salah;
~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dan sebagainya yang betul sehingga boleh mendatangkan kesan yang buruk;
~ mata
a) sejenis permainan yang mengelirukan pandangan orang lain (membuat sesuatu yang aneh-aneh dan lain-lain), sulap, sunglap;
b) salah pandangan;
c) silau;
d) agak lupa, tidak sedar;
~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja (peribahasa) memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk padahnya;
~ mata, pecah kepala (peribahasa) kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana;
menyilap menjadikan silap (pandangan dan lain-lain), mengelirukan, menipu;
tersilap (telah) melakukan kesalahan dengan tidak sengaja, tersalah, terkhilaf;
kesilapan perihal silap, kekeliruan, kekhilafan;
penyilap
1. tukang silap mata, tukang sunglap;
2. penipu.