silikosis

(Perubatan) sejenis penyakit yang menyerang paru-paru akibat tersedut udara yang mengandungi silika, terutamanya di kalangan mereka yang bekerja di lombong arang batu.

silikone

(Kimia) sejenis bahan buatan yang rintang terhadap air, suhu, dan lain-lain, dan digunakan untuk membuat pelekat, pelincir, penyalut, penebat elektrik, dan lain-lain.

silikon

(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang terdapat dalam pasir, kuarza, dan granit, dan digunakan untuk membuat komponen komputer, peralatan elektronik, kaca, dan lain-lain.

silikat

(Kimia) sebatian yang mengandungi silika, yang digunakan untuk membuat simen dan kaca.

silika

(Geologi) bahan yang terdapat dalam pasir, batu api, kuarza, dan sebagainya, dan digunakan untuk membuat kaca.

silih I

= ~ ganti = ~ sambut saling berganti;
~ berganti berganti-ganti, bertukar-tukar;
~ mata sesuatu yang digunakan untuk mata sahaja (memberi banyak mas kahwin yang kemudiannya akan dikembalikan secara diam-diam dan lain-lain);
~-semilih <