simbal

alat muzik yang terbentuk daripada sepasang piring loyang yang dihantuk bersama atau dipalu dengan kayu untuk menghasilkan bunyi:
alat-alat muzik Thai seperti gendang, gong, dan ~.

simbah II

[Minangkabau];

bersimbah ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan baju, dan lain-lain), disiah(kan), disingsingkan:
ada yang berlari sambil ~ kain;

menyimbah, menyimbahkan
1. menyingsingkan (kain, baju, dan lain-lain);

2. menyelak, menyingkap:
~ kelambu;

tersimbah tersingsing, terselak, tersingkap.

simbah I

bersimbah
1. basah (kerana disirami air, peluh, dan lain-lain), kuyup:
mukanya kian lama semakin pucat penuh ~ peluh dingin;

2. berlumuran (darah);

menyimbah
1. menyiram (dengan air dan lain-lain hingga basah), memerciki, menyimbur:
kadang-kadang disimbahnya air ke perahu kawan yang berselisih;
sanggupkah kau melihat darah merah ~ bumi?

2. keluar dengan banyaknya (peluh):
keringat dinginnya juga telah ~ di dahinya;

silvikultur

cabang perhutanan yang berkaitan dengan sistem pembangunan, pemeliharaan dan penghutanan semula kawasan balak berdasarkan pengetahuan silvik.

silvik

kajian terhadap sejarah hidup dan ciri am pokok hutan serta kepadatan pokok sebagai asas bagi silvikultur.