singkat

1. tidak panjang (waktu, umur, dan lain-lain), pendek:
kunjungannya sangat ~;
kain pendek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng;

2. ringkas (berita, cerita, percakapan, dan lain-lain):
Besok aku ke mari lagi, katanya ~, lalu melangkah hendak pergi;

3. [kiasan] picik atau cetek (fikiran dan lain-lain):
orang-orang yang ~ pemikirannya dan yang sangat tamak terlalu ramai;~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik;
~ bayang alamat tidak panjang umur;
~ kata = ~nya pendek kata, pendeknya;
~ pengetahuan lekas mati;
~ sungu [Minangkabau] (orang yang) pemarah;
~ tangan orang yang kedekut (kikir);
~ umur (usia) tidak panjang umurnya, lekas mati;
~ diulas, panjang dikerat (peribahasa) yang kurang hendaklah ditambah sedangkan yang lebih hendaklah dikurangkan;
~ tidak terulas, panjang tidak terkerat (peribahasa) tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati;
senteng dibilai, ~ diulas (peribahasa) yang kurang ditambah dan yang pendek disambung;

menyingkatkan
1. menjadikan singkat (pendek dan lain-lain), memendekkan (waktu dan lain-lain):
kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu;

2. meringkaskan (karangan dan lain-lain), mengikhtisarkan;

mempersingkat menjadikan lebih singkat;

singkatan, kesingkatan sesuatu yang disingkatkan, kependekan, ringkasan:
~ seperti pak dari bapak, bu dari ibu, merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa;

penyingkatan perihal menyingkatkan.

singkap

menyingkap, menyingkapkan
1. membuka (selubung, pakaian, penutup, dan lain-lain), menyelak:
ia ~ selimut yang menutup kepala anaknya;
ada yang menengok dari kisi-kisi, ada yang menengok dari tingkap, ada yang ~ atap;

2. [kiasan] membongkar atau membuka (rahsia dan lain-lain), mendedahkan (sesuatu):
beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yang tidak disukai;
sajak-sajak A. Wahab Ali ada yang boleh diterima sebagai panduan hidup kerana ia telah menyingkapkan rahsia hidup yang sebenarnya;

3. [kiasan] menceritakan kembali (perkara yang telah lalu, sejarah, dan lain-lain):
perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yang telah lalu;
singkap daun, ambil isi
(peribahasa) berkata-kata dengan terus terang (tidak berbelit-belit);

tersingkap
1. terbuka, terselak:
maka tirai pedati Sumirah pun ~;

2. [kiasan] terbongkar (rahsia dan lain-lain);
~ hati ki suka (senang) hati;

penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan:
~ dengan bersandarkan pengetahuan yang lalu.

singit

[Minangkabau];

menyingit
1. menyelak (membuka, menyingkap) sedikit;

2. tampak (kelihatan) sedikit;

tersingit
1. terselak sedikit (kain selimut dan lain-lain), terbuka, tersingkap;

2. kelihatan sedikit (bulan dan lain-lain), terserlah.

singgung I

bersinggungan bersentuhan dengan siku, berhantukan;

menyinggung
1. menolak (menghentak, memukul) dengan siku, menyenggol, menyigung:
ia kelihatan ~ kawan-kawannya dengan siku;

2. mengenai sedikit, menyentuh;

3. menyebut-nyebut sesuatu (dalam ucapan, karangan, dan lain-lain), membicarakan sedikit, menyentuh:
jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yang disinggung secara sepintas lalu;

4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dan lain-lain):
perkataannya selalu menyebut hal yang kadang-kadang ~ hati isterinya;

5. menodai (nama baik seseorang dan lain-lain):
dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dengan sewenang-wenangnya;
~ mata bisul orang
(peribahasa) menyakiti hati orang lain dengan sindiran dan lain-lain (dalam sesuatu perjumpaan dan lain-lain);

tersinggung
1. terkena, terjamah, tersentuh;

2. disakiti hati (terhina dan lain-lain):
kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk;
mudah ~
mudah sakit hati;
~ lebih bak kena (peribahasa) mudah berasa hati.