menyinggul menyondol ke tepi.
Author Archives: admin
singguh
bersingguh bersentuh bahu (kerana terlalu rapat), bertempuh;
sigung I, singgung I.
singgit
[arkaik] sanggit.
singgir
menyinggir
1. membuka dan menampakkan sesuatu, menyingkap;
2. [kiasan] memperlihatkan, menunjuk-nunjukkan.
singgang II
[sastera lama] memegang telinga dengan menyilangkan tangan dan duduk bangun berulang-ulang (sebagai denda atau hukuman), ketuk ketampi.
singgang I
1. sejenis masakan (ikan, daging, dan lain-lain) yang direbus dan digarami dan lain-lain;
2. [Minangkabau] panggang, salai;
menyinggang [Minangkabau] memanggang, menyalai.
singgan
[Minangkabau] sehingga, sampai.
singgahsana
kerusi kerajaan (tempat raja bersemayam), takhta:
maka sultan pun duduk di atas ~ kerajaan di atas peterana yang bertatahkan permata.
singgah
berhenti sebentar di suatu tempat (dalam perjalanan), mampir:
barang di mana pasir yang baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat;
singgah-menyinggah kerap benar singgah (dalam perjalanan):
lekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana-mana;
menyinggahi
1. berhenti atau singgah di (dalam perjalanan):
negara-negara Arab yang disinggahi oleh Tun itu adalah negara-negara yang penting dalam pergolakan politik di Timur Tengah;
tiga buah pelabuhan telah disinggahinya;
2. (berhenti di suatu tempat untuk) mengambil atau menjemput sesuatu:
maka mudiklah ia lalu disinggahinya sampan Gusti itu;
3. mengambil semula sesuatu yang telah diamanahkan (disuruh baiki dan lain-lain);
menyinggahkan
1. menghentikan perjalanan di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang);
2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dalam perjalanan);
3. menyilakan singgah (naik ke rumah dan lain-lain);
mempersinggah [Minangkabau] mempersilakan singgah (mampir);
persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat):
Colombo telah menjadi tempat ~ yang penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang.
singga
[bahasa percakapan] sehingga.