kajian ekologi tentang komuniti tumbuhan atau haiwan.
Author Archives: admin
sindrom
kumpulan gejala atau tanda-tanda yang menunjukkan terdapatnya sesuatu penyakit atau keadaan tertentu (seperti sesuatu keburukan, masalah, dan lain-lain):
tiga kes ~ kekurangan daya tahan penyakit dilaporkan sehingga akhir bulan Mac ini;
Menteri Pendidikan telah bercakap tentang ~ malas membaca di kalangan golongan profesional;
~ Down (Perubatan) kecacatan sejak lahir yang dicirikan oleh kepala dan muka yang lebar, mata yang sepet, hidung yang kemek, tangan dan kaki yang pendek dan daya berfikir yang lembap.
sindir
= sindiran perkataan dan lain-lain yang digunakan untuk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dengan terus terang, kiasan:
banyaknya ~ kedengaran;
mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yang mengandungi sindiran itu;
~ kiasan = sindir-sind
sindiket
1. kumpulan orang yang bersatu menjalankan kegiatan-kegiatan haram (seperti menjual barang-barang secara haram, menyeludupkan sesuatu, dan sebagainya):
~ membuat wang palsu;
2. kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dan lain-lain) yang bersatu untuk melaksanakan sesuatu projek dan sebagainya secara bersama;
3. kumpulan atau persatuan yang menjalankan sesuatu usaha atau kegiatan untuk kepentingan bersama anggota-anggotanya;
bersindiket mempunyai (melibatkan, menggunakan, dan sebagainya) sindiket.
sinder
[Indonesia-Belanda]
1. orang yang mengawas orang bekerja (di ladang dan lain-lain);
2. [arkaik] pelawat (pemeriksa) sekolah, nazir.
sindau
bersindau [Sabah] terbang melayang atau bergerak berpusing-pusing di udara:
burung helang itu ~ sebelum menyambar mangsanya.
sindap
[Jawa] daki di kepala, kelemumur.
sindaktili
(Biologi) keadaan apabila beberapa jari, sama ada jari tangan atau jari kaki, bercantum.
sinda
[sastera lama] senda II.
sinawar
[Minangkabau] sejenis tumbuhan (palma), Phychosperma silverstris (kuhlii).