singas

(Kimia) gas tiruan yang mengandungi karbon monoksida dan hidrogen, digunakan sebagai bahan mentah asas untuk pemprosesan bahan kima.

singa I

sejenis binatang buas, Panthera leo;
~ laut
sejenis anjing laut, Zalophus californiasus;
(penyakit) raja ~
sejenis penyakit yang berbahaya, sifilis;
hendak ~ di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput = lebih baik seekor ~ di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput (peribahasa) lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit;

menyinga [kiasan] memberang, meradang:
ia memandangnya dengan muka ~.

sinergisme

keadaan apabila kesan tindakan gabungan dua komponen atau lebih menghasilkan nilai yang lebih baik dibandingkan dengan tindakan komponen tersebut secara bersendirian.

sinergi

1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dan lain-lain untuk menghasilkan tindakan paduan yang lebih berkesan daripada tindakan bahan tersebut secara berasingan;

2. usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.

sineresis

(Kimia) proses pengecutan bahan bergel, seperti gelatin dan agar-agar, yang disertai dengan pengeluaran cecair.