sinkronik

berkenaan peristiwa atau fenomena yang terjadi dalam tempoh waktu tertentu, tanpa mengambil kira perkembangannya.

sinkope

(Linguistik) pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak.

sinisisme

pandangan atau sikap yang cenderung untuk mempersoalkan kebaikan (kejujuran, kebolehan dan sebagainya) seseorang.

sinis

1. cenderung untuk mempersoalkan kebaikan (kejujuran dan lain-lain) orang:
ia mempunyai perasaan yang sensitif dan sikap yang ~ terhadap hal-hal yang diceritakannya;

2. suka mengejek-ejek (memerli, mempersendakan, dan lain-lain), mengandungi ejekan (cemuhan dan sebagainya), bersifat mengejek atau memandang rendah:
cerpen-cerpen yang lebih banyak ~nya daripada menggambarkan keadaan yang sebenar;
tersenyum ~;

kesinisan sikap (pandangan, pernyataan dan sebagainya) sinis.

sini

1. = di sini di tempat ini:
Mahkamah Tinggi di ~ telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua orang pemuda;

2. [bahasa percakapan] saya, aku:
~ tidak setuju dengan cadangan itu;

ke sini ke mari:
ia berlari ke sana dan ~;

dikesinikan dibawa ke mari, dikemarikan.

singsing

menyingsing
1. = menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dan lain-lain) supaya pendek, menggulung (supaya pendek):
~ lengan baju;

2. hilang (awan, kabus, dan lain-lain), lenyap, menyisih:
kabus mulai ~;

3. mulai terbit (fajar), mulai terang:
kadang-kadang ia melanjuntukan tidurnya sehingga fajar ~;

4. menyingkap, mendedahkan:
al-Quran yang ~ makrifat yang betul;

tersingsing sudah disingsingkan (lengan baju, kaki seluar, kain, dan lain-lain), terbuka atau terselak sedikit (kelambu, langsir, dan lain-lain), tersisih (awan dan lain-lain).