SMS

[kependekan] short message service (khidmat pesanan ringkas, iaitu khidmat yang membolehkan teks ringkas dan sebagainya dihantar dan diterima dengan menggunakan telefon bimbit, komputer peribadi dan sebagainya). SmSa [kependekan] Sarjana Muda Sastera.

smoking

sejenis perhiasan pada pakaian dengan mengeduntukan kain (dan dimatikan kedut itu dengan jahitan).

smokel

[Indonesia], [bahasa percakapan] pemasukan barang-barang secara gelap, penyeludupan;

dismokel diseludupkan (barang-barang).

SMN

[kependekan] Seri Maharaja Mangku Negara (pingat kelas satu dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, pemegangnya bergelar Tun dan isterinya Toh Puan).

SMK

[kependekan] Seri Mahkota Kelantan (pingat yang dianugerahkan oleh Sultan Kelantan kepada rakyat yang berjasa kepada negeri).